Tuesday, August 31, 2010

Khutbah Wida - Khutbah Terakhir RasuluLLAH



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Ini Adalah Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W. Disampaikan Pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah Di Lembah Uranah, Bukit Arafah

roh di bulan ramadan



Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Wasiat Rasulullah kepada Aisyah R.A

‘Aisyah r.’a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau.

Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini…”

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

 (b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

 (c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah
 (d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara Yang tidak bermanfaat.

 Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

 (b) Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

 (d) Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami-nya di tempat tidur atau menyusah-kan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

 (f ) Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun;

 (g) Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk didepan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cambuk dari api.

 (h) Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

 (i) Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

 (j) Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

 Allahumma Amin..

Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan Kareem..

Allahuakbar..
Salam Ramadhan AlMubarak buat teman2..
Ramadhan sbg Madrasah..
Sekolah mendidik nafsu..
Ijazahnya nanti 1syawal..
Berkualiti atau tidak??
Nantikan hari2 selepas Ramadhan..
Moga kesungguhan kita berpuasa dan beramal dalamnya,..
dimakbuli Allah..
Moga Ramadhan ini benar2 sbg madrasah terbaik utk kita..
agar bergelar Hamba yg BERTAQWA..

Firman Allah s.w.t. bermaksud:“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183) 


InsyaAllah..
Wallahua'lam

Saturday, August 7, 2010

Syafaat Vs Laknat

Salam perjuangan..
“Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.” (QS. Al Baqoroh : 48)
Kehidupan kita sememangnya dikaitkan dengan 2 benda: syafaat dan laknat Allah.
Andai syafaat Allah memayungi hidup ini,..
Nescaya aman, tenang, bahagia hidup kita,..

Kalu tidak syafaat, tidak lain dah..
memang laknat (bala) Allahlah menanti,
Nau'zubillah....

Syafaat tu sumber kejayaan yg paling besar dalam hidup manusia..Antaranya:

1)Pemerintahan Abu bakar Assiddiq hanya 30 bulan,..
Tapi, beliau berjaya menghapuskan kemunculan banyak nabi2 palsu

2) Khalifah Umar Ibn.Abdul Aziz hanya memerintah 2 tahun setengah, tapi berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya.

3) Satu keluarga miskin yg bertakwa yg hidup di bawah rumah usang mampu tidur dengan nyenyak dan aman
dek syafaat dan barakah dr Allah.

Sama2 kita baiki diri,.. mohon barakah dan syafaat Allah agar laknat, bala Allah dapat dihindari..
Wallahua'lam..
InsyaAllah..

Sunday, August 1, 2010

Malu





Sabdaan junjungan mulia              "Malu itu separuh drpd iman"..
                                    "Buatlah sesuatu perkara jika kamu tidak malu"

Sahabat2, malu itu adalah perisai diri,..
Perisai utk diri supaya malu,..
Malu untuk berbuat dosa maksiat,..
Bayangkan,..
Jika kita malu pada seseorang,
pasti kita akan mengelak dari bertemu dengannya,..
So, inilah peranan malu bagi seorang Muslim,..
Malu utk bertembung/berbuat maksiat,..
Tapi bukan malu utk menyatakan kebenaran,..
Wallahua'lam..

Salam Ukhwah

Alhamdulillah,..
Segala pujian hanya utk Dia yang Maha Hebat,..
Selawat dan Salam kepada junjungan mulia Muhammad SAW,..
Penulisan ini hanyalah sekadar satu perkongsian dan luahan pendapat,..
Berdasarkan hadis baginda rasul yang mulia,..
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"..
So, kawe ambik peluang tulis blog ini sbg satu usaha kerdil yg termampu utk kawe buat,..
Kalu nok banding ilmu, sekadar mana la yang kawe ada,..
Tapi,.. atas dasar kewajipan dakwah,..
Kawe cuba untuk 'menyampaikan'..
Moga Allah bagi kawe dan sahabat2 lain untuk terus IKHLAS dan ISTIQOMAH
pada jalanNYA ini,..
InsyaAllah..
Ameen..