Bismillah
Lama dah tak menconteng disini. Saja nak kongsi kenikmatan yg diperoleh malam ni dengan sahabat2. Harapnya sama2 dapat manfaat dari sharing ni.Alhamdulillah,malam ni usrah kami agak santai di tepi pantai. Pun begitu,bukan santai yang kosong tapi santai yang menenangkan jiwa, membasahkan qalbu yang kering. Alhamdulillah.
Mulanya, Akh S membuka tirai dengan mengingatkan kami semua perihal pentingnya menghadirkan NIAT dalam apa jua kerja buat yang kita lakukan. Takutnya apabila kita sekadar melakukan sesuatu kerja tu semata-mata kerja itu sahaja tanpa ‘ruh’. Contohnya, kalau rutinnya pada weekdays kita masuk kerja jam 8 pagi,keluar 5 petang dan itulah rutinnya kita. Maka, rutin itu seolah2 udah diprogramkan dalam minda kita. Jam 8 masuk kerja,jam 5 keluar kerja tanpa kita jelas utk apa,bagi siapa. Yang kita tahu,itulah kerja yang aku kena buat. Huh. .
Inilah istilah “manusia robot” yg selalu kita duk guna dlm ISK. Ya! Tetapi, era manusia robot tu dah berlalu untuk kita bukan? Kita sekarang ni dah ikut usrah, buat kerja2 dakwah tarbiyah, merancang, melaksanakan strategi hehe. Namun,tanpa kita sedari, walaupun kita dah tak jadi manusia robot tapi kita sekarang ni dah jadi “DAIE ROBOT”. Inilah istilah yg dicanang oleh murobbi kesayangan kami, Ustaz S.
Daie ROBOT!!
Kita duk buat kerja2 dakwah tarbiyah itu sebagai rutin kita semata-mata TANPA ruh! Sepertimana seorang pekerja kilang masuk kilang jam 8, keluar jam 7 petang setiap hari. Inilah dia daie robot. Walaupun kelihatan diluar dia gah ( QOWIEY) bekerja dalam melaksanakan kerja2 dakwah tarbiyah. Namun, perjalanannya itu sebenarnya kering tanpa air SEBAB dia lupa nak bawa botol air @ nak isi bekalan air yang sudah kehabisan.
Kita duk buat kerja2 dakwah tarbiyah itu sebagai rutin kita semata-mata TANPA ruh! Sepertimana seorang pekerja kilang masuk kilang jam 8, keluar jam 7 petang setiap hari. Inilah dia daie robot. Walaupun kelihatan diluar dia gah ( QOWIEY) bekerja dalam melaksanakan kerja2 dakwah tarbiyah. Namun, perjalanannya itu sebenarnya kering tanpa air SEBAB dia lupa nak bawa botol air @ nak isi bekalan air yang sudah kehabisan.
Dari satu meja,kami beralih ke satu meja. Usai memesan air minuman, AKh Sh pula menyambung agenda. Dia berkongsi dengan kami perihal tadabbur Surah Al-Asr, yg dikongsi drpd penerangan Ustaz Nouman Ali Khan. Apa yang menarik perhatianku ialah aku baru tahu bahawa maksud Al-Asr itu sendiri adalah ‘waktu yg runcing, waktu yang sempit, kesuntukan masa ( time is running out katanya). Kalau sebelum ni,aku hanya tahu Al-Asr itu hanya dirujuk kpd waktu asar tapi aku tak tahu apa kaitannya dengan manusia dalam kerugian dan point2 penting dlm surah ni. Alhamdulillah!!
Ustaz S selalu mengingatkan kami perihal pentingnya ikatan UKHWAH antara kita sesame ikhwah. Biarlah ukhwah yang terbina itu ukhwah yang nature,ukhwah yang menyentuh, mengikat dan menghubungkan hati. Jangan biarkan ia hanya berada di program2 tarbiyah sahaja. Itu ukhwah PLASTIK! Bayangkan, kalau kita hanya kenal seorang akh ini hanya apabila di usrah, daurah, mukhayam dll tanpa tak pernah pergi biliknya, tak tahu rumahnya, tak tahu masalahnya, tak tahu sakitnta, tak tahu lemahnya, tak tahu makan minumya. Maka, bila dia FUTUR dan HILANG, dia akan terus hilang dengan kita pun teraba2 macam mana nak contact dia balik???
p/s: Ukhwah yang mantap itu memberkas dan mengikat hati-hati. Kalaupun dia itu ingin futur dgn jalan ini, tetapi keikhlasan dan kejujuran hati kita dalam membina hubungan dengannya iA akan buat dia fikir dua kali.
Alhamdulillah, Ustaz S sempat berkongsi satu pengajaran yang cukup menarik pada malam ni daripada hadis 7 iaitu Addeen Annasihah. Apa yang menarik dan buat aku tersenyum ialah apa yang aku faham ‘agama itu nasihat’ [ nasihat = seperti yg kita melayu faham] itu bukanlah pengertian yang 100% tepat berkenaan hadis ini. Bahkan, ‘agama itu nasihat’ spt yg aku sbg melayu ni faham hanyalah peratus kecil shj drpd hadis ni. Kalau nak tahu detail,boleh rujuk penjelasan Maulana Asri Yusuf kat youtube [recommended by Ustaz S]..
Perbincangan santai malam ni lebih kepada masalah2 yg berlegar dalam kehidupan seorang daie. Point yang aku cukup terkesan dr perbincangan kami ni ialah kita kena ingat bahawa perjalanan atau tanggungjawab dakwah yg kita pikul ni bukanlah bersifat ‘lari pecut 100m’ tapi ia adalah satu marathon yang panjang. So,tak perlulah kita nak terrrrlalu ‘syadid’ dlm melaksanakan agenda dakwah tarbiyah. Buatlah kerja ni sepenuh hati dengan segala kemampuan yang kita ada dan jadikanlah ia darah daging kita tanpa menjuzukkan ia drpd kehidupan kita. InshaAllah barulah dakwah itu HIDUP, bukan PLASTIK. Kita pun inshaAllah tak jadi DAIE ROBOT. [Awas : istilah 'syadid' tu pun kadang2 agak subjektif utk setiap orang yg berlainan minda]
Satu point lagi yg aku dapat juga, kalau kita ni dah jadi murobbi,dah bawa anak usrah. Binalah sebaik mungkin hubungan dgn depa sejujur2nya, janganlah berukhwah dengan depa semata2 utk depa join usrah,datang mabit atau join daurah semata2. Tetapi,juga sebagai seorang teman,kawan dan sahabat utk melayari kehidupan ini bersama2. Jangan biarkan mereka meronta,melompat terkial2 keseorangan tatkala kita asyik bekerja, bekerja dan bekerja yg kita fikir juga utk mereka.
Walaupun kebiasaannya usrah kami akan berlangsung selama 2hari dlm satu malam hehe,tidak mengapa kerana sebolehnya hidup bersama mereka selamanya pun aku mahu. Alhmdulillah. Syukur dgn nikmat2 yg telah Engkau berikan kpd diri ini. Ampunilah segala dosa2 kami.pertemukanlah kami semuanya di SyurgaMu.
