Wednesday, April 16, 2014

Jumudkah budak berkopiah utk buat usaha dakwah tarbiyah?

         Aku percaya dan yakin bahawa setiap manusia yg dilahirkan atas muka bumi ini dibekalkan Allah dengan potensi dan kelebihan diri masing-masing. Makanya, ada bermacam-macam jenis manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang handsome, ada yang berkulit hitam manis, berkulit kuning langsat, ada yang pandai main futsal,bola sepak, ada yang pandai masak, ada yang ada kereta,motor dan sebagainya. Pendek kata, sesiapa sahaja yang bergelar “MANUSIA” itu semestinya aka nada ‘something’ dalam dirinya yang mana Allah kurniakan khusus utknya sebagai ‘ALAT’ utk dia hidup di atas muka bumiNya yang luas ini bagi melaksanakan 2 peranan besarnya iaitu sbg “HAMBA” dan “KHALIFAH” bagi mendapatkan keredhaan Allah.

“Manusia itu ibarat logam. Terpilihnya dia semasa jahiliyah, terpilihnya juga dia semasa Islam sekiranya dia faham” – Maksud Hadis          

         Begitu juga dengan diriku. Aku juga yakin apa yang aku ada sekarang ini adalah apa yg aku mesti guna utk tujuan di atas, walau apapun benda tu. Itulah diriku dan itulah kekuatanku. Makanya, aku tetap bersyukur kpdNya dan berlapang dada denganNya dgn kekurangan yg ada pada diriku. Aku selalu ingat pesanan Murobbiku apa itu tujuan DIA bekalkan kita dengan macam2 ; harta, pangkat, bakat, ilmu dll. Tidak lain hanyalah sbg UJIAN.

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak MENGUJI kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[ Al-An’am 6:165 ]

Apa yang ada pada aku?         

 Jujurnya boleh dikatakan aku ini melalui kehidupan ini sbg seorang remaja  yang baik dan ‘skema’, sukakan program2 agama, ceramah2 agama, buku2 agama, tak berkawan dengan budak-budak jahat. Zaman kecilku sudah mula mendapat perhatian orang-orang di kampungku dek kerana bacaan quranku yg sedap, plus rajin pergi berjemaah di masjid.  Mereka memujiku dan masa itu zaman kanak-kanak menjadikan aku sangat suka dipuji dan terus bersemangat utk buat benda-benda baik. Itu sebab ramai sahaja mereka yang memanggilku dgn jolokan ustaz,lebai, sheikh dll haha. Di hujung zaman kanak-kanak pun aku memasuki pondok utk meneruskan pengajian agama pada waktu cuti sekolah. Makanya, Alhamdulillah aku ini tahulah serba-sedikit berkenaan ilmu2 agama.  Di peringkat menengah aku menyambung pengajian di salah sebuah SMKA dan menghabiskan SPMku dlm aliran Sains Tulen Agama. Alhamdulillah aku juga dipilih Allah utk bersama2 dlm gerabak dakwah dan tarbiyah dlm bermacam2 aliran yg mana semuanya mematangkan aku dlm misi mencari wasilah dan medan amal yg terbaik dan serasi buat diri ini. Bahkan siapa aku pada hari ini pun banyak juga dicorakkan oleh perjalanan hidupku bersama gerabak2 Syurga ini.

Aku budak yg berkopiah
Aku Budak Berkopiah hehe..:D

          Satu lagi pasal diri aku ni,aku adalah pemakai kopiah yg tegar. Mana2 aku pergi,mesti aku pakai kopiah. Aku pi sekolah ke, kedai ke, kuliah ke, turun padang ke, mana2  je lah, mesti aku pakai kopiah. Boleh bayangkan betapa jumudnya aku? Haha.. Wallahua’lam tetapi yg pastinya bagiku kopiah itu mahkota kebanggaanku, keyakinan diriku bertambah dgn kopiah dan yg paling penting ianya juga sunnah..:)         

          Pun begitu, aku juga punya kekurangan.Kalau kata budak lelaki ni, tak boleh lari dengan bola tapi aku memang tak minat bola ; tonton atau main. Itu sebab aku kaki bangku haha. Sukan2 lain pun sama. Aku jenis memang tak aktif bersukan, tak sama dengan ramai kawan-kawanku yang lain. Pun begitu, sejak join tarbiyah ni, aku selalu diingatkan juga tentang salah satu muwassofat iaitu Qowiyul Jism [sihat tubuh badan], jadi nak tak nak,aku kena juga bersenam, at least jogingla hehe. Aku juga bukanlah jenis yg suka main permainan2 video @ mana2 games. Mungkin ramai remaja lelaki famous dgn PES,DOTA dll tapi aku jujurnya tak pernah main permainan nih. Seingatnya dulu pernah main MARIO je la pun hehe. Kalau nak sembang bab motor,kereta, gadget2 segala bagai tu jauhlah haramnya aku nak tahu hehehe. Sumpah lemah sangat bab2 ni.

             Medan amalku ketika ini ialah alam kampus, makanya sasaran dakwah tidak lain tidak bukan adalah masyarakat kampus iaitu para mahasiswanya ; para generasi muda bakal pemimpin masa depan negara hehe. Ya!! Suka atau tidak aku mesti berdepan dengan mereka ini utk menyampaikan kebenaran Kalimah Syahadah, membuka mata hati mereka, sama2 membebaskan diri dr kesempitan dunia kpd keluasan akhirat, drpd menjadi hamba dunia kpd hambaNya semata, mengeluarkan mereka dari kitaran maut kpd kpd kitaran Syurga dan agar sama2 memahami tujuan terbesar hidup ini utk memburu redhaNya.

Rintihan dan Kerunsingan          

             Aku manusia. Kadang-kadang aku pun segan dengan diri aku (patut pun aku segan hehe) dengan kelemahan dan kekurangan yg ada pada diriku ini spt bukanlah “up-to-date boy” spt anak-anak muda yang lain yg mana aktif main futsal, bola, kencang dok sembang sal gadget2 iphone ipod ipad dan segala bagai pod pad. Kadang2 aku merasakan ini suatu kerugian yg amat besar buat diriku kerana aku juga melihat jalan2 ini sbg pintu masuk yg cukup strategic utk membina hubungan dengan anak-anak muda GEN-Y ini dan seterusnya menarik mereka bersama2 ke dalam gerabak Syurga ini kerana apa yang aku ada hanyalah susuk tubuh ini yang selalu berkopiah (Nampak jumud,rigidkan?) , budak skema ( dilihat orang luar sbg budak baik, budak surau, budak pandai,ustaz dll seangkatan haha).. Ruginya aku! Plus, pabila aku melihat ikhwah2 seperjuangan yg diberi kelebihan olehNya utk pandai bermain bola, futsal dan seangkatannya, mampu masuk dgn geng2 muda mudi yg bersosial, berpuak dan bersatu atas dasar kesukaan jiwa2 muda – team bola dll, jauh disudut hatiku, alangkah untungnya jika aku ada seperti yg mereka ada. Makin melajulah langkahku di medan ini hehe. Tapi tak mengapa, just focus dgn apa yg aku ada & try to improve myself step by step forward.

Perjuangan harus diteruskan          

               Pun begitu, aku tetap optimis dan selalu berprasangka baik kpdNya dan aku selalu meyakini bahawa apa yg ada pada aku itulah “ALAT” yg terbaik yg mesti aku gunakan untuk perjuangan ini. Ya!! Skemanya aku, “baiknya” aku, “jumudnya” aku. “ketinggalannya” aku pd pandangan luar itulah ALAT, AMANAH, UJIAN buat aku. Itulah penyelamat dan hujahku dihadapanNya kelak. Wajib aku guna ia,bukan utk diratapi lagi ( tapi, slow2 la improve diri masing2 yup utk jadi lebih baik dan bermanfaat utk dakwah & tarbiyah hehe).

Mengambil Spirit Bilal Ibn Rabah       

            Sebelum dan awal Islam, siapa Bilal & apa sahaja yang ada pada susuk tubuh yg bernama Bilal yg boleh dibanggakan pada kita? Tidak ada bukan! Saat itu, dia hanyalah seorang HAMBA yg berkulit hitam! Apa lagi yg ada pada Bilal? Tidak ada!! Alat yg hanya DIA berikan kpd Bilal hanyalah dia sbg seorang hamba. YA!!  “hamba” itu pada kita ia suatu yg hina bukan, tidak ada nilai dan tidak ada apa yg boleh dibanggakan sbg seorang hamba TETAPI itulah alat yg hanya ada pada Bilal ibn Rabah. Setelah dia menerima kalimah La Ilah illa Allah, maka adakah Bilal terus ingkar kpd tuannya Umayyah dek kerana Umayah itu kafir? Tidak bukan. Bahkan Bilal cukup jelas dan faham, dia masih menjalankan peranannya sbg seorang ‘hamba’ dan menjalankan kerja2 sbg hamba kpd Umaiyah kerana itu ‘hamba’ itu adalah alatnya, pekerjaannya, ujiannya dan itulah potensi diri yg ada padanya. Dia menggunakan sebaik mungkin alat itu sbg manfaat yg boleh dia gunakan utk mendapatkan redhaNya. Itu sebab Bilal tidak ingkar kepada Umaiyah kerana Umaiyah itu tuannya tetapi dia hanya tidak tunduk kpd arahan Umaiyah utk ingkar kpd Tuanna yg sebenar yakni Allah!

Mengambil Semangat Bilal          

               Aku meneruskan misi dibumi ini berbekalkan segala apa yg ada pada diriku utk menyempurnakan misiku sbg hamba dan khilafahNya semata2 utk memburu redhaNya dan tekadku utk menemuiNya dlm keadaan tidak sabar utk menceritakan segala apa yg telah aku lakukan utk meraih cintaNya. Justeru, Alhamdulillah, walaupun aku mungkin tidak mampu untuk ‘masuk’ @ ngam dgn anak2 muda seangkatanku dgn pendekatan futsal, bola, pes, dota, movie dan seangkatannya, tapi aku tetap optimis dan aku guna je apa yg aku ada utk ‘masuk’ dgn depa dan sekaligus membawa mereka bersama merasai kemanisan hidup dibawah naungan iman, tarbiyah dan Al-Quran. Juga yg paling penting merasai kehidupan ini sedang dipandu utk menujuNya. Yeah!!

                Beginilah diriku, Alhamdulillah aku masih boleh mendakwahfardiahkan jiwa2 kosong disekelilingku berbekalkan apa je yg aku mampu buat dgn susuk tubuh ini, berusrah dan juga bawa usrah. Alhamdulillah..:D