Tuesday, March 5, 2019


JOHOR DAKWAH TRAINING (JDT)
3 MAC 2019, PAI JB
Dr.Jaysuman



1. SIMULASI DAKWAH

Bro.J minta setiap peserta pairing dgn kawan masing2 dan anggaplah kawan itu bukan muslim dan bertanyakan kpd anda “apa itu islam”….cuba reflect diri kita adakah kita mampu menjawab ‘apa itu islam’ semudah kita menjawab soalan 1 +1=2 @ kita tidak mampu memberikan jawapan yang padu kepada persoalan ringkas yang dilontarkan mereka?

Perlu diingat antara soalan bocor yang bakal ditanya oleh malaikat di alam kubur sana ialah “apa agama kamu”??? – mati xtahu bila,bila dah mati malaikat Tanya soalan tu,,boleh jawab ke agaknya kalau sekarang pun kita xmampu nak jawab dengan yakin apa itu Islam? Huhu

Point : Muhasabah diri sejauhmana kita memahami islam dan hidup utk islam.. Do we ready to meet Him?? So,pecahkan kesombongan kita utk belajar dan terus belajar. Jangan sesekali dah rasa “CUKUP” dan sombong, kerana sesungguhnya antara sifat utama iblis yg menghumbannya ke neraka Allah ialah TAKABBUR.. infiruu,teruskan belajar dan belajar!!!

2. Purpose of Life VS Journey of Life

Ramai orang ingat hidup hanya bermula bila kita dilahirkan, jadi baby, kanak2, alam remaja, dewasa, berkahwin, bekerja,sakit, tua dan mati… (At-takasur 1-4)  is it a LIFE??? Sebenarnya kitaran ini hanyalah sebahagian yang kita panggil sebagai “JOURNEY OF LIFE” bukan “PURPOSE OF LIFE”
What is purpose of LIFE???

3.PURPOSE OF LIFE

HINDUISIME

-          Konsep agama menyembah nenek moyang
-          Hindu: Mati hidup balik (kelahiran semula) > SAMSARA
-          Selepas mati akan hidup balik (sbg semut dll)
-          Diorang akan aim utk dapatkan MOKSHA (syurga) > roh akan ke syurga (dalam Buddism xde istilah ROH) : dlm buddism aim utk dapat NIRVANA (body and mind) – ada yg training 40 hari pakai baju kuning utk training bagi dapatkan NIRVANA

Point: both xde clear fundamental what will happen after death maksudnya apabila pintu kematian dibuka..what is next?? Kalau xtahu apa disebalik pintu,berani tak nak buka pintu?? In case kalau ada harimau?? PS ramai dalam keadaan bersangka baik : mungkin kucing je kot dibalik pintu huhu

CHRISTIANITY

-          Tuhan hantar anak tuhan (Jesus) utk disalib ke dibumi bagi memutuskan dosa warisan (kisah adam and hawa makan buah khuldi)
-          So,utk putuskan dosa warisan mesti beriman jesus disalib

-          Dlm islam nabi adam dihantar ke bumi sbg khalifah,but in kristian nabi adam dihantar sbg hukuman, perempuan sakit beranak itu hukuman dan lelaki harus bekerja kuat utk hidup juga hukuman..see how the differences…

-          In islam, setelah adam dan hawa buat silap,Allah ajar mereka utk bertaubat,Allah xmurka- Allah dah ajar siap2 bani adam utk bertaubat dan berdoa kpd Dia bila buat silap sebab iblis dah janji akan sesatkan bani Adam,..kalau buat silap baca doa ini.. kalau xbuat silap pun baca doa selamat dunia akhirat (azzumar: jgn putus asa dgn rahmat Allah)…. But in Kristian Adam n hawa dilarang makan buah utk elak dihukum

Wednesday, June 18, 2014

Coretan Usrah Tepi Pantai

Bismillah
Lama dah tak menconteng disini. Saja nak kongsi kenikmatan yg diperoleh malam ni dengan sahabat2. Harapnya sama2 dapat manfaat dari sharing ni.Alhamdulillah,malam ni usrah kami agak santai di tepi pantai. Pun begitu,bukan santai yang kosong tapi santai yang menenangkan jiwa, membasahkan qalbu yang kering. Alhamdulillah.
Mulanya, Akh S membuka tirai dengan mengingatkan kami semua perihal pentingnya menghadirkan NIAT dalam apa jua kerja buat yang kita lakukan. Takutnya apabila kita sekadar melakukan sesuatu kerja tu semata-mata kerja itu sahaja tanpa ‘ruh’. Contohnya, kalau rutinnya pada weekdays kita masuk kerja jam 8 pagi,keluar 5 petang dan itulah rutinnya kita. Maka, rutin itu seolah2 udah diprogramkan dalam minda kita. Jam 8 masuk kerja,jam 5 keluar kerja tanpa kita jelas utk apa,bagi siapa. Yang kita tahu,itulah kerja yang aku kena buat. Huh. .
Inilah istilah “manusia robot” yg selalu kita duk guna dlm ISK. Ya! Tetapi, era manusia robot tu dah berlalu untuk kita bukan? Kita sekarang ni dah ikut usrah, buat kerja2 dakwah tarbiyah, merancang, melaksanakan strategi hehe. Namun,tanpa kita sedari, walaupun kita dah tak jadi manusia robot tapi kita sekarang ni dah jadi “DAIE ROBOT”. Inilah istilah yg dicanang oleh murobbi kesayangan kami, Ustaz S.
Daie ROBOT!!
Kita duk buat kerja2 dakwah tarbiyah itu sebagai rutin kita semata-mata TANPA ruh! Sepertimana seorang pekerja kilang masuk kilang jam 8, keluar jam 7 petang setiap hari. Inilah dia daie robot. Walaupun kelihatan diluar dia gah ( QOWIEY) bekerja dalam melaksanakan kerja2 dakwah tarbiyah. Namun, perjalanannya itu sebenarnya kering tanpa air SEBAB dia lupa nak bawa botol air @ nak isi bekalan air yang sudah kehabisan.
Dari satu meja,kami beralih ke satu meja. Usai memesan air minuman, AKh Sh pula menyambung agenda. Dia berkongsi dengan kami perihal tadabbur Surah Al-Asr, yg dikongsi drpd penerangan Ustaz Nouman Ali Khan. Apa yang menarik perhatianku ialah aku baru tahu bahawa maksud Al-Asr itu sendiri adalah ‘waktu yg runcing, waktu yang sempit, kesuntukan masa ( time is running out katanya). Kalau sebelum ni,aku hanya tahu Al-Asr itu hanya dirujuk kpd waktu asar tapi aku tak tahu apa kaitannya dengan manusia dalam kerugian dan point2 penting dlm surah ni. Alhamdulillah!!
Ustaz S selalu mengingatkan kami perihal pentingnya ikatan UKHWAH antara kita sesame ikhwah. Biarlah ukhwah yang terbina itu ukhwah yang nature,ukhwah yang menyentuh, mengikat dan menghubungkan hati. Jangan biarkan ia hanya berada di program2 tarbiyah sahaja. Itu ukhwah PLASTIK! Bayangkan, kalau kita hanya kenal seorang akh ini hanya apabila di usrah, daurah, mukhayam dll tanpa tak pernah pergi biliknya, tak tahu rumahnya, tak tahu masalahnya, tak tahu sakitnta, tak tahu lemahnya, tak tahu makan minumya. Maka, bila dia FUTUR dan HILANG, dia akan terus hilang dengan kita pun teraba2 macam mana nak contact dia balik???
p/s: Ukhwah yang mantap itu memberkas dan mengikat hati-hati. Kalaupun dia itu ingin futur dgn jalan ini, tetapi keikhlasan dan kejujuran hati kita dalam membina hubungan dengannya iA akan buat dia fikir dua kali.
Alhamdulillah, Ustaz S sempat berkongsi satu pengajaran yang cukup menarik pada malam ni daripada hadis 7 iaitu Addeen Annasihah. Apa yang menarik dan buat aku tersenyum ialah apa yang aku faham ‘agama itu nasihat’ [ nasihat = seperti yg kita melayu faham] itu bukanlah pengertian yang 100% tepat berkenaan hadis ini. Bahkan, ‘agama itu nasihat’ spt yg aku sbg melayu ni faham hanyalah peratus kecil shj drpd hadis ni. Kalau nak tahu detail,boleh rujuk penjelasan Maulana Asri Yusuf kat youtube [recommended by Ustaz S]..
Perbincangan santai malam ni lebih kepada masalah2 yg berlegar dalam kehidupan seorang daie. Point yang aku cukup terkesan dr perbincangan kami ni ialah kita kena ingat bahawa perjalanan atau tanggungjawab dakwah yg kita pikul ni bukanlah bersifat ‘lari pecut 100m’ tapi ia adalah satu marathon yang panjang. So,tak perlulah kita nak terrrrlalu ‘syadid’ dlm melaksanakan agenda dakwah tarbiyah. Buatlah kerja ni sepenuh hati dengan segala kemampuan yang kita ada dan jadikanlah ia darah daging kita tanpa menjuzukkan ia drpd kehidupan kita. InshaAllah barulah dakwah itu HIDUP, bukan PLASTIK. Kita pun inshaAllah tak jadi DAIE ROBOT. [Awas : istilah 'syadid' tu pun kadang2 agak subjektif utk setiap orang yg berlainan minda]
Satu point lagi yg aku dapat juga, kalau kita ni dah jadi murobbi,dah bawa anak usrah. Binalah sebaik mungkin hubungan dgn depa sejujur2nya, janganlah berukhwah dengan depa semata2 utk depa join usrah,datang mabit atau join daurah semata2. Tetapi,juga sebagai seorang teman,kawan dan sahabat utk melayari kehidupan ini bersama2. Jangan biarkan mereka meronta,melompat terkial2 keseorangan tatkala kita asyik bekerja, bekerja dan bekerja yg kita fikir juga utk mereka.
Walaupun kebiasaannya usrah kami akan berlangsung selama 2hari dlm satu malam hehe,tidak mengapa kerana sebolehnya hidup bersama mereka selamanya pun aku mahu. Alhmdulillah. Syukur dgn nikmat2 yg telah Engkau berikan kpd diri ini. Ampunilah segala dosa2 kami.pertemukanlah kami semuanya di SyurgaMu.

Saturday, June 14, 2014

Mereka menjauhi aku kerana usrah

Bismillah. Aku bersyukur dipertemukan Allah dengan satu bulatan ajaib yang telah banyak mengubah sikap, pendirian, fikrah dan pandanganku terhadap erti sebuah kehidupan dan juga terhadapa Islam,satu cara hidup yg dulunya aku tidak dapat merasai apa2 mukjizatnya. Melalui bulatan ini, aku ditarbiyah,aku diajar dan aku didoktrin dengan fikrah Islam yg sebenar sebagai rohmatan lil a’lamin. Aku ditarbiyah utk menjadi seorang manusia yg benar2 mampu merasai hakikat kehambaan dlm diri dan mengiktiraf Allah sbg satu2nya Tuhan yg layak disembah dan dipuja. Segala kehidupan dunia ini tidak lain semata2 utk mendapatkan redhaNya.

Bismillah.

 “ Wahai orang2 beriman, bertaqwalah kalian kpd Allah! Dan carilah wasilah (jalan) utk mendekatkan diri kalian kpdNya serta berjihadlah padanya moga-moga kalian mendapat kemenangan” – Al-Maidah. p/s: Aku mencari dan terus mencari sehinggalah Dia mempertemukan aku dgn jalan ini dan aku berintima’ dgnnya dengan seluruh jiwa dan kehidupanku.

                Bulatan ini mengajar aku bahawa hidup ini bukan sekadar untuk kita mampu untuk menjadi seorang yg boleh solat 5 waktu, membaca Al-Quran, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji bila berkemampuan dll tetapi ia mengajar aku hidup lebih besar daripada untuk menjadi kita sahaja yg baik. Ia mengajar aku utk mengalirkan segala apa kebaikan dan kebenaran yg aku yakini kepada mereka disekelilingi aku. Bahkan, inilah tugas aku sbg seorang Khalifah di atas dunia yang fana ini.

                Justeru, aku tekad utk memastikan dimana sahaja aku berada,aku akan terus berbulatan dan membawa bulatan agar kebenaran (Al-Haq) ini akan terus mengalir dan mengalir sehingga Dia menetapkan keputusan yg terbaik buatku,samada hidup sbg seorang yg mulia pada sisiNya atau memanggilku sbg seorang syahid yg sedang berjuang mengalirkan Al-Haq!

                Aku akan terus menyantuni anak-anak muda, manusia2 disekelilingku agar aku bisa membawa mereka juga berbulatan bersamaku (sebolehnya),merasai kemanisan hidup menjadi seorang hamba dan merasai nikmatnya hidup dibawah naungan Yang Maha Kuasa. Justeru,aku tidak duduk diam. Aku akan terus mendatangi mereka dimana saja mereka berada untuk membina tautan hati dengan mereka sehingga at least mereka dapat merasakan perlunya kepada satu jalan untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan yg mereka yakini. Itu sahaja dan kalau mereka berminat utk berbulatan,aku bersedia utk mereka tetapi bukanlah semata2 itu targetnya utk aku mendekati mereka. Sumpah! Sebab aku meyakini pengaliran Al-Haq itu tidak semestinya berakhir pada bulatan tetapi apa sahaja yang boleh membawa mereka kpd Tuhan yg Maha Esa!

Tetapi, mereka menjauhiku..

                Ada sahaja mereka yang salah anggap terhadapku, wallahua’lam mungkin pendekatan yang aku gunakan tidak betul. Ada sahaja yang melihatku sebagai ‘kepala usrah’ sehingga mereka seolah2 cuba menjauhi diriku. “Aduh,mamat ni call nak tanya sal usrah la ni”,.. “Aduh, mamat ni call nak ajak bulatan la ni” huhu.. Tatkalai mesej,inbox fb,wassup,telegram dihantar,tidak terbalas tapi ‘seen’ aja huhu. Panggilan dibuat tidak dijawab. Aku pasrah dan selalunya aku ok ja kerana aku ditarbiyah utk memusatkan segala usahaku kpd balasanNya semata2. Bohong jika aku tidak kecewa,kekadang ada juga datang perasaan itu tetapi Alhamdulillah sejarah perjuangan Ar-Rasul saw dan para sahabat juga mereka yg terlebih dahulu mendahuluiku seringkali menjadi pengubat dan motivasi utk terus bergerak dan mengalir!

Pintaku kpd mereka yg menjauhiku kerana aku budak usrah..

  • Tolonglah teman. Tidak aku melakukan segala usaha ini semata-mata utk mengheret kalian kpd konspirasi tarbiyah ini. Tidaklah aku mendapat sebarang upah utk setiap kalian yg aku dapat utk ditarbiyahkan. Tidaklah aku berkawan dgn kalian semata2 utk tujuan agar kalian turut berusrah sama. Tidak!!  Cukuplah kalau kita mampu mentautkan hati2 ini demi sebuah kekuatan ummah!

  • Aku ditarbiyah utk meyakini bahawa akulah manusia yg paling bebas merdeka setelah aku memusatkan hidupku semata2 kpdNya! Justeru,aku memahami aku bebas membuat segala apa keputusan yg aku inginkan selagimana ia tetap membawaku kpdNya. Nah! Sama juga dgn kalian. Urusan kalian nak ikut usrah ke tak nak,itu kalian punya keputusanlah! Jujurlah dgn diri kalian, bagitau je aku kalau itulah menjadi asbab yang bawa hubungan ukhwah antara kita regang. Aku lebih menyayngi tautan ukhwah antara kita melebihi drpd bulatan itu. Apa guna sebuah bulatan yg diikat atas dasar ketidakrelaan?  p/s: Maka harapanku hanya satu,ayuh teruslah kita berhubungan,berukhwah dan bersahabat. Inilah kekuatan yg sangat2 diperlukan ummat ini! ~ “Brotherhood,the Foundation Of Glory”!!