Thursday, April 19, 2012





PETUA TIDUR NABI SAW


SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN


Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Wednesday, April 18, 2012

Tugas & Kepentingan Jalan Dakwah

Tugas & Kepentingan Jalan Dakwah..


[1] Jalan dakwah memainkan peranan yg amat besar & agung dlm usaha :

  • memimpin dunia
  • mengajar seluruh ummat manusia kpd sistem Islam, cara hidup Islam & ajaran yg baik yg baik kerana manusia tidak akan bahagia tanpanya.
[2] Tugas & Kepentingan dakwah bukanlah bersifat juzi'yah, separuh2 sahaja, buat ala kadar, bukan hanya utk tujuan2 @ matlamat2 yg terbatas dr segi ekonomi,politik @ sosial tetapi ia adalah satu tugas agung yg memainkan peranan yg amat penting bg menyempurnakan hidup manusia  dr semua aspek kerana arRasul saw diutus adalah utk membawa rahmat ke seluruh alam.

[3] Bagi sesiapa yg melaksanakan tugas ini, balasannya amat2  besar,.. bahkan lebih besar dr nikmat2 yg ummat manusia peroleh di muka bumi. Balasannya adalah SYURGA yang mana luasnya adalah langit dan bumi. Didalamnya disediakan apa yg tidak pernah didengar oleh telinga manusia, tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terlintas oleh pikiran. Disana kita akan berada bersama2 para anbiya', para siddiqin, para syuhada' & para salihin kerana merekalah sebaik2 sahabat. Kita akan terselamat dr azab neraka yg bahan bakarnya terdiri drpd batu & manusia. Kemuncak dr itu semua ialah kita akan mendapat 'MARDHOTILLAH'.

"Dan keredhaan Allah adalah lebih benar, itu adalah keberuntungan yg besar" - AlAnkabut (72)

HalaTuju Jalan DakWah




Setinggi matlamat jalan dakwah ini ialah 'Allah'. Tidak ada suatu yg kita tuju melainkan Allah. Kita beriman kpdNya.




 Kita melihat segala sesuatu dlm hidup kita semata2 utk Dia. Kita beribadah kpdNya sepenuh hati kita,bukan utk kepentingan diri semata2. 


Kita mencari keredhaanNya dlm setiap usaha kita dr sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara dlm hidup kita dgn penuh ketelusan & keikhlasa jiwa serta benar2 yakin bahawa disitulah terletaknya kebahagiaan yg sejati, hidayah yg hakiki & kejayaan yg sebenar.


"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yg nyata dr Allah utkmu" - Azzariyat (50)

Tuesday, April 17, 2012

ZiAraH tu SuNNAh!!

Malam tu aku teman seorang teman pi ziarah seorg mad'..


Tujuan nak hidupkan sunnah arRasul & bertanya khabar utk kuatkan lagi ukhwah antara kami..


Masa kat bilik budak tu,ada datang seorang budak.. Lepas salam semua, dgn nada seakan2 sinis,.. ai bang, datanf ziarah ka?.. ( mood tabligh ).. Hoho..


Hello.. Jamaah tabligh ja ka bro leh buat usaha ziarah?.. Ka masa time raya ja boleh buat ziarah?..huhu.. Erm,.. xpe hopefully Allah buka pintu hati ko utk join jalan dakwah & tarbiyah nie..


"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." 



(HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)


InshaAllah.. ayuh hidupkan sunnah ziarah utk 


menyentuh hati2 di luar sana utk sama2 


mendapat kemanisan hidup dengan Islam, 


Iman dan Tarbiyah.. 

Wednesday, April 4, 2012

Marahku Tanda Sayang


Selepas pulang dari surau, aku mencapai handphoneku dan tertera “1 message received”, jadi aku pun membacanya.
“ Bang, nanti kalau free, minta call jap”
Huh,..ada apa pula budak nie?.. monologku sendirian. Lantas setelah aku menghabiskan bacaan al-Mulk, aku menggapai handphoneku dan menghubungi adik bongsuku.
“Assalamualaikum, apa khabar?.. Ada apa suruh Abang call ni?
“ Waalaikumussalam,.Alhamdulillah sihat.. Erm,..Abang, nak minta tolong sikit ni..”
“InshaAllah tolong apa?”
“Begini, nak minta abang tolong isikan permohonan untuk jadi polis, askar atau bomba. Kawan-kawan adik semua dah isi”..
“Huh?.. Kenapa tiba-tiba beria nak mohon pekerjaan pula ni?.. Bukan kau nak ambil STPM ka hujung tahun ni?.
“ Erm, sebenarnya adik dah tak de mood untuk belajar”..
“Allahurobbi, apa kena ni?”.. Minggu lepas, kau minta pandangan abang nak keluar asrama, kemudian abang bagi sebab abang tahu kau boleh bawa diri walau kat rumah tapi sekarang ni minta nak kerja pula? Apa sekarang yang bersarang dalam kepala otak kau ni?”

Aku tidak bermaksud untuk memarahimu tapi aku dah sedikit syak-wasangka buruk terhadap perubahan sikap kau masa aku berada di rumah semasa cuti semester lepas.. Aku syak kau dah mula ‘couple’ dan akhirnya, dah mula bawa balik kawan perempuan kononyan kat rumah, aku cukup malu. Dah mula tunjuk taring bawa balik perempuan kat rumah ya. Allahurobbi, tambahan pula keluarga aku bukanlah dari jenis islamik sangat. Jadi, ibu ayah aku tidak melihat pun benda ni sebagai satu kesalahan. Malah, ibu ayah aku siap jamu lagi budak perempuan tu makan kat rumah dan layan bagai ‘menantu’. Aku jealous?.. Sorry.. Langsung tidak tetapi malu dan sangat-sangat malu kerana aku gagal menegakkan kebenaran. Di mana ikhtilat pergaulan?.. Mana mungkin aku boleh redha apabila seorang perempuan berada di rumahku atas asbab ‘ziarah’ adik aku yang sihat tanpa sebarang alasan-alasan syarie yang membenarkan? Boleh ka?Pernah suatu hari,aku disindir oleh abangku dek kerana tidak mempunyai awek. Allahu.. bagaimanalah aku nak bentuk mereka Ya Allah!! Tapi, Alhamdulillah, walaupun mungkin agak sukar untuk aku perbetulkan abang-abangku namun aku bertekad untuk membimbing adik bongsuku agar kenal hakikat erti cinta sebenar. Namun, dek kerana aku jarang berada di rumah kerana berada nun jauh di perantauan, adik aku seolah-olah terabai dari segi tarbiyah dan perhatian ‘yang baik’.

Oleh sebab itu, aku tiba-tiba naik angin apabila mendengar alasan adik aku “dah tak de mood untuk belajar”.. Segala syak wasangka dan kesabaran aku terhadap sikap adik aku yang couple itu meletup.. Aku terus memarahinya..
“ Kenapa kau ni? Tiba-tiba ja nak kerja.. Nak berhenti sekolah? Apa yang ada dalam kepala otak kau ni? Aku kata jangan couple,kau nak couple.. Orang sibuk study,kau sibuk nak bermadu, kau sibuk nak buat maksiat.. kau kena ingat siapa hakikat diri kau tu?. Kau kena ingat, siapa yang bagi kau tangan untuk memegang? Siapa yang bagi kau kaki untuk melangkah? Siapa yang bagi kau jantung yang berdenyut? Siapa? Allah!!.. Kau jangan ingat apa yang kau ada tu milik kau.. Semuanya milik Dia, Dia yang bagi kau semua tu!!.. Kau ingat Dia bagi semua nikmat tu semata-mata untuk kau ‘bercouple’, puaskan keinginan hawa nafsu?,.. Sorry beb.. Semua itu hanyalah alat-alat yang Dia bagi supaya kau guna sebaiknya untuk meraih redha Dia.. Bayangkan dik, kalau kau jadi boss syarikat, kemudian anak buah kau tak buat kerja atau sekadar makan gaji buta,kau marah tak?.. Sama la dengan kita,.. Bila kau dah permainkan BOSS besar kau,kau ingat nak ke Dia bagi kau apa yang kau tadah tangan meminta dengan dia?. Sia-sia beb.. Itu sebab kau rasa putus angin, tak ada semangat sebab kau dah ‘menghampakan’ si Dia, Pemberi Semangat.. Jangan kau permainkan Tuhan dik, berat padahnya.. Aku sekadar boleh bagitau yang mana baik yang mana buruk saja, tapi bergantung kepada kau la samada kau nak pilih jalan mana. Masa depan kau di tangan kau. Satu lagi aku nak pesan, kalau kau betul-betul nak jadi orang, kau kena muhasabah diri kau balik,kau mesti taubat dan minta ampun dengan Dia. Segala masalah kita ni berpunca daripada dosa maksiat yang kita buat. Ingat, matlamat hidup kita hanya untuk Dia, Penguasa Langit dan Bumi.. Kalau kau berani cabar dia, kau menempah tiket kehinaan. Jadi, abang harap kau buatlah pilihan yang baik. Jangan Persia-siakan nikmat ‘akademik’ ni, gunakan sebaik mungkin sebab kau antara sebilangan kecil pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM ni, beribu lagi di luar sana yang tidak berkesempatan. Jadi, jangan la kau sia-siakan peluang ini, laksanakanlah sebaik mungkin amanah yang diberikan, tinggalkan kejahilan-kejahilan dan lakukanlah pengorbanan untuk kejayaan sebenar untuk diri kau, keluarga, masyarakat dan agama kau sendiri. Harap kau faham apa yang abang perkatakan ni.
Allah sebagai Ilah,..Dialah kuasa yang kita kena cinta, harap dan takut.. Dialah matlamat hidup kita.. Apabila kita mengangkat makhluk sebagai Ilah kita,maka kehinaanlah bagi kita. Saidina Umar pernah berkata “ Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selain dari Islam, maka kehinaanlah atas kita.
Wallahua’lam
Renung-renungkanlah..
Ku pohon doa dari kalian agar Allah masukkan aku dari kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur..:)