Tuesday, October 30, 2012

Qoedah & Usul Dakwah


Alhamdulillah InsyaAllah ini sedikit perkongsian daripada Katibah Umar Tilmisani yg telah diadakan pada 23/10/2012 (Selasa)..

Dakwah itu Nadiku..

Sedikit Tazkirah:

Cuba bayangkan, jika sesuatu benda itu kita terlalu sayang, pastinya kita tidak akan bagi kepada sesiapa MELAINKAN kepada seseorang yg juga kita sayang bukan?.. Samalah dengan Allah taala, hakikatnya.. Dunia ini tiada nilainya disisi Allah, maka nikmat dunia ini Allah taala bagi kat sesiapa sahaja, xkisahlah orang itu xsolat ka, xpuasa ka, xtutup aurat ka dan sebagainya sebab hakikat dunia ini hanyalah alat semata2 ( yg sepatutnya kita gunakannya utk mendapatkan Matlamat terbesar kita iaitu redhaNya).. TETAPI.. hidayah itu suatu yg amat mahal harganya,.. pasti dan pasti,.. Allah xkan bagi kat semua orang MELAINKAN bagi mereka yg berusaha mencari hidayah itu.
 ( **for surelah, semuanya berlaku atas kehendak Allah)

Sedikit perkongsian pasal Qoedah2 & Usul2 dalam kita nak laksanakan dakwah ni based on tulisan Dr.Jumuah Amin

Dalam melaksanakan misi menyedarkan golongan2 yg “masih lena” tidor, ada beberapa perkara yg perlu kita ingat!!

1.     AlQudwah qobla Adda’wah
-         Maknanya sebelum nak sedarkan orang, kita kena sedarkan diri kita dulu..hehe.. Paling kurang, diri kita dulu kena jadi contoh kepada para mutarobbi kita sebelum kita nak ajak mereka kepada Islam. Contohnya, kita nak depa baca Quran, tapi kita xbaca, kita suh depa qiam, kita Subuh pun pukul 7.. Xyah nak fikir yg payah2 Cuma praktikkan apa2 yg basic shj,.. pastikan kita jaga.. & cubalah lakukan yg terbaik dalam setiap kerja buat kita. Bukan hanya “cakap xsuper bikin”!! Munafik!

2.     Atta’lif qobla Atta’rif
-         Prinsip ‘keterikatan’ sebelum ‘pengenalan’… hmm,.maknanya, sebelum kita nak ajak dia berbulatan gembira or apa2 yg berkaitan, kita kena kenal dia dulu & dia kenal kita dulu,.. pandai2 lah praktikkan “Dakwah Fardiah” sepertimana PakCik Mustafa Masyur cadangkan tu.. hehe.. penting tau muayyasyah,.. baru senang depa nak ikut kita..:)

3.     Atta’rif qobla al-Taklif
-         Maksudnya, pengenalan sebelum tanggungjawab. Erm,.. mudahnya camnie la,.. sebelum kita nak suh depa join bulatan gembira,.. kita kena kasi mereka fahama dan jelas dulu kenapa kena berbulatan gembira,.. apa pentingnya?.. wajibkah ia?.. ikut sunnah ka ia? Dan segala bagai yg berkaitanlah..haha.. cthnya, kita bagi ISK dulu..  biar depa nampak tang mana pentingnya usrah nih..haha..:D

4.     Al-Tadarruj fi At-Taklif
-         Maksudnya : “Berperingkat2 dlm memberi Tanggungjawab’.. maknanya,.. pabila seseorang budak tuh dah semangat giler nak berubah setelah mendapat sentuhan dahsyat ISK (biiznillah).. kita xleh nak bagi tau dia pasal semua benda sekaligus,.. dia akan jem nanti haha.. Cth mudah, jux imagine kalu sorang budak tu semangat giler nak pi sekolah, so ayahnya pun masukkanlah dia ke darjah satu,. Dia hafal satu2 ABC, 123 dlm masa sekejap dan macam2 la yg dia buat sehingga dialah murid pertama dlm sekolahnya yg boleh membaca dlm masa xsampai sebulan persekolahan.. walaweh hebat!! Pun begitu, Cikgunya xleh nal ajrkannya terus silibus2 budak2 darjah 4,5,6.. itu menzaliminya!! Dia akan jem!! Sebab silibus itu pun diajar ikut level budak2 kan?.. ha.. sama la dalam dunia dakwah tarbiyah, walaupun budak tu semangat tahap gaban, jangan terlalu mengikut semangatnya tapi kita kena bentuknya ikut kefahaman yg bertahap2,…. Sepertimana yg kita sedia maklum,.. pastikan dia settle sal Fikrah Islam, Fikrah Iman lu baru bagi Fikrah dakwah dan seterusnya,.. Ini tidak,.. fikrah Islam, Iman, Dakwah belum settle, bebudak tu dah dibasuh dgn Fikrah jamaah..maka bertindaklah dia menjadi seorang yg hanya Nampak kuasa jer sbg keutamaan,.. timbullah isu seperti yg berlaku kat sesetengah tempat… Apa isu?.. kerna politik, sanggup menggadaikah ukhwah sesame Islam dan sebagainya.. Minta jauh ya Allah.. Bagi kami kefahaman dlm beragama!

5.     At-Taisir La Al-Ta’sir
-         Memudahkan bukan memayahkan…….. Haa Ini pun sangat penting!! Kadang2 kita terlalu menyempitkan konsep ‘ibadah’.. contohnya,. Patutkah seorang PakCik memarahi seorang anak muda yg singgah solat semata2 sebab dia berseluar jin & tidak memakai kopiah??.... huh,.. ni satu cth, sama gak dlm kes kita nak menyantuni adik2 yg baru nak berubah.. Islam itu Easy!!

6.     Al-Usul qobla al-Furu’
-         Kita jugak kena pastikan adik2 mutarobbi kita ni faham perkara2 Usul dulu baru pergi kpd perkara2 cabang. Cadangan ana, at least cover dulu Usul 20 karya alBanna. InsyaAllah

7.     AtTarghib qobla at-Tarhib
-         Kena always bagi motivasi, bukan dok bagi ancaman,… support semangat dia nak berubah,.. always bersama dia,.. for sure, perubahan itu akan diiringi dgn ‘halangan2’ tertentu.. so, jangan kita tambahkan lagi beban utk dia terus berubah.. mesti always bg semangat!!

8.     AtTafhim la al-talqin
-         Kita kena membina mad’u itu dgn kefahaman, bukan sekadar membaca..  Kefahaman itu datang dari tangan2 yg ikhlas berjuang melalui jalan ini dan dengan tangan2 itu dia membentuk keperibadian yg lain I’Allah..

9.     At-Tarbiyah la atTa’riyah
-         Mentarbiyah bukan menghukum,memalukan

10.                        Tilmiz al-imam la tilmiz alkitab
-         Murobbi kena jadi imam kpd murid bukan kpd buku ( serius tugas as a murobbi payah,main dgn jiwa kot).. Tarbiyah perlu kpd murobbi!

Monday, October 22, 2012

Buat bakal Isteriku




Assalamualaikum ya Ukhti..


Aku ini hidup sbg seorang Islam yakni aku bekerja semata2 utk tunduk dan patuh kpdNYA sebagai matlamat hidup aku, Itulah matlamat yg paling besar dlm hidupku ini. Pabila aku sedar akan nikmat dan jalan ini, lantas sebulat hatiku aku menyerahkan hidupku ini semata2 utk Dia, tiada yg lain, bahkan aku sanggup hilang apa sahaja melainkan aku tidak kehilanganNya.. 

Utk memudahkan ukhti memahami apa yg aku maksudkan begini, just imagine, bila kita seorang pelajar, target kita (MATLAMAT) amat2 jelas utk dapat yg terbaik dlm exam kan? Sebab in case, xdapat result cemerlang, kita xdapat sambung belajar dll cthnya,.. maka sayugialah MATLAMAT itu akan jadi ‘pembuat dasar’ yg paling berkuasa mempengaruhi kita utk melakukan sesuatu perbuatan bukan?.. Bahkan kita sanggup utk tidak melakukan sesuatu in case benda itu xmembawa kita kpd MATLAMAT itu bukan?.. Haa, samalah hidup kita ya Ukhti,.. pabila aku memahami  DIAlah kekasih abadiku, maka Dialah matlamat kecintaanku,.. bukannya lain2 hal melainkan lain2 hal itu mampu membawaku kpd cintaNya.. Seperti halnya dengan perkahwinan kita, perkahwinan ini juga adalah alat utk kita mempersatu cinta kita demi meraih redhaNya..Justeru, aku tidak memilihmu atas asbab dirimu seorang yg cantik, berharta atau apa2 sahaja melainkan InsyaAllah keyakinanku bahawa engkau mampu bersamaku dlm menerajui bahtera kita menuju Cinta Abadi kita yakni Cinta Allah..

Dulu, aku banyak tidak memahami hakikat diri aku sbg seorang Islam, lantas sapaan tarbiyah membawa aku  kpd jalan kefahaman ini Alhmdlh,.. aku mula memahami makna disebalik Kalimah Syahadahiaitu ia bukan sekadar menuntut aku utk sekadar mengucapnya,lantas aku declare Aku Islam.. No!! Lebih besar dari itu.. Tiada Ilah melainkan Allah membawa kita meletakkan Allahlah tumpuan bagi segala2nya dalam hidup kita.. Dialah matlamat @ tumpuan kecintaan kita, Dialah tempat kita berharap, Dialah tempat harap kita, Dialah tempat kita kena takut, Diala pemberi rezki, Dialah Raja kita dan Dialah segala2nya.. Tiada yg lain dariNya.. Aku juga mula memahami bahawa kalimah ini menuntut utk aku beramal sbg seorang Islam, membaiki diriku dan mengajak orang2 sekelilingku kpd Dia.

Justeru, aku memberanikan diri utk menyerahkan seluruh kehidupanku kepadaNya sebab aku yakin akan janji2Nya kelak,.. aku tekad dan tekad, Dialah cinta pertamaku, Dialah segala2nya bagiku..  Maka, aku akan terus dan terus bekerja utk memastikan Dia sbg Kekasihku tidak ‘dikhianati’ oleh saper2. Justeru, aku mewakafkan diri kpd perjuangan ini bg mendidik dan mentarbiyah diriku dan orang2 sekelilingku agar sama2 mencintaiNYA dan tidak menduakan atau ‘menandingiNya’..

Ukhti,kerna tarbiyah, aku faham bahawa perkahwinan ini merupakan satu jalan utk aku mendekatkan diri kpd cintaNya dan juga wasilah(jalan) yg amat2 penting utk kita mempengaruhi manusia lain dgn cara hidup Islam dan membawa mereka utk turut sama meletakkan Dia sbg kekasih. InsyaAllah, keluarga2 yg lahir atas dasar kesedaran Allah sbg Kekasih akan melahirkan sebuah masyarakat yg meletakkan Allah sbg kekasih & sekaligus membawa kpd sebuah Negara yg mengutamakan kasih & redha Allah dlm pemerintahannya.. Allah tidak dapat ku gambarkan ya ukhti saat itu.. Aku harap bahtera perkahwinan yg kita bina menjurus ke arah itu.. Harap engkau mengerti..

Ya Ukhti, Dia memilihku utk merasai nikmatnya islam melalui jalan tarbiyah dan aku merasai nikmatnya hidup ini InsyaAllah,.. aku mahu begitu juga manusia2 sekelilingku sbg persiapan utk kita semua melayari bahtera kehidupan di masa depan yg pasti dan pasti makin mencabar.. tarbiyah itu nadi kpd kekuatan kita sbg hambaNya insyaAllah. 

Ya UKhti, terus terang aku katakan bahawa cara mudah untuk dikau mengenali diri ini adalah dengan cara engkau juga menyerahkan dirimu utk ditarbiyah.. InsyaAllah tarbiyah mampu utk menjadikan kita tolakansur, saling memahami dan bersedia utk sebarang kemungkinan didalam mengemudi bahtera ini. . Tarbiyah mampu utk meletakkan kita sekufu insyaAllah.. Ini harapanku..

Jom tarbiyah!!
Moga Allah redha.

Wednesday, May 23, 2012

DePA kaTa aKu budAk bAik, bErjURus, dan bla3X.. ERm,…..?%&#!!


Pada awal semester nie, Mami [panggilan utk Mak Cik Café] baru jer 1st time dapat tender utk meniaga kat Café hostel aku. Alhmdlh sampai skunk cafenya dikunjungi ramai mahasiswa/I & juga para staff USM [ Universiti Semenanjung Malaysia]. Mami & suaminya amat2 Osem lagi baik & yg paling penting masakan depa sedap!!..hehe

Erm,..aku pulak?..Aku nie seorang budak yg mungkin pada pandangan orang luar sbg seorang budak baik.. kohkohkoh..:P..wek!!.. Naper?? Haha.. Satu, mungkin sebab dr segi penampilan aku nie seorang yg suka berkopiah hitam.,.. wherever I go, I must wear it..hoho.. Ramai gak depa2 nie panggil aku as ‘budak Tabligh’..Haha.. xyoh la dok taksub sangat no..  Kan mindset orang2 kita skunk nie depa Nampak religion tu just belong to those who are pakai kopiah, jubah, bebudak SMKA, pak2 Ustaz/Ustazah, Tok2 Bilal, Tok2 Imam, Tok Siak dll title2 yg berkaitan.. But, the fact is totally WRONG!!.. Don’t ever judge PEOPLE just from outside!!  Ada jer sesetengah manusia diluar sana tuh yg hanya menjadikan Islam hanya sbg ‘pakaian’,.. nak guna, ambil pakai, xnak guna, just simpan leklok kat dalam almari..haha.. terok bebenor.. Hakikatnya, kita kena mendarah dagingkan Islam tu dlm kehidupan kita!! Erm,.. aku Cuma nak stress kan disini, fahamila Islam tu sbg satu cara hidup,.. bukannya jadikannya sbg ‘pakaian’ kita semata2!!

Allah nak kita jadi baik bukan?..haha

Pun begitu, aku nak cerita sedikit pengalaman yg berlaku antara aku ng Mami & Mamu.. Seriously,depa selalu duk puji aku,.. suka senyum la,.. baguih la,.. berjurus la,.. dan,..bla3X……. Aku jer la yg lebai kata depa,.. payah nak cari.. bla3X.. wekwekwek..[kalu nak muntah].. Well said, rasanya most of our society now mungkin ada gak mindset spt depa,.. orang2 ini [berjubah,berkopiah & seumpamanya] adalah those yg alim,wara’,bagus,baik dan macam2 lagi la.. Erm,.. mungkin satu segi ok la kot TETAPI jangan terlalu meletakkan kepercayaan kpd orang2 spt ini [aku termasuk jugak la kot..hehe],.. bukannya apa,..hakikatnya,.. same jer kita2 antara sesame manusia nie,..xder bezanya melainkan taqwa kpd Allah!!.. Pakaian, luaran nie semua adalah barang2 lakonan sahaja.. DUNIA is PENTAS LAKONAN TERBESAR!!.. & satu lagi,pakaian jugak bukanlah satu indicator yg amat2 tepat utk mengatakan seseorang itu alim @ faqih @ lebai @ wara’ dan bla3X….

Erm,.. dek kerana kethiqahan (kepercayaan) depa kat aku nie [as said kat atas tu,.. baik, alim,lebai..],.. mereka melayani aku dengan amat2 baik!!.. Alhmdlh.. SYukur.. Sehinggakan, harga nasi kalu aku beli,..bukan setakat berpatutan tetapi gak terlalu murah @ kadang2 dia bagi free of charge.. Allahurobbi ya Allah,.. Moga Engkau memberkati kehidupan mereka & memberi ketenangan kpd depa serta memasukkan depa dalam golongan orang2 yg Faham akan erti hidup beragama.. Ameen..

Peristiwa nie berlaku banyak kali sehingga membuatku terfikir!!..haa,..fikr apa bro??.... Erm,..jap,.. bertarikh 23 Mei 20XX bersamaan hari Rabu, aku pi beli nasi kat Café Mami,.. then,bila aku bayar,. Dia lagi kasi harga yg murah,..hrmmmmm,.then,.. dia bagi pulak aku RM2.50,.. katanya nie duit nasi semalam,.. Mamu xsampai hati nak ambil mahal.. Allahurobbi,.. Berkatilah mereka.. hrmmmmm,.. Ka aku nie muka kesian????..hahaha.. Tapi,xder plak pekedai2 lain bagi aku free @ harga murah..hoho.. Lantak r.. AKu ambil je la sambil memberI senyuman manis buatnya..hehe..TQ mami

Jadi,.. apa yg berlaku antara aku & [Mani wa Mamu] membuatkan aku terfikir,.. Mereka seolah2 meletakkan satu kepercayaan kpd aku [ budak baik,berjurus, alim,lebai,warak dsb,..wek2 dua kali..haha],..padahal tidak pun!! Aku terlalu jahil & jauh lagi utk memiliki title2 itu,.. pun begitu,aku sedaya upaya mendapatkannya InsyaAllah.. So, kalu mereka percaya bahawa aku nie baik, then,dalam masa yg sama aku buat maksiat, dosa, xberperilaku sepertimana yg mereka sangka..Allahuakbar!!.. Aku rasa memang amat2 berdosa yg teramat.. Menghancurkan amanah & kepercayaan orang kpd aku.. Minta jatuh ya Allah,bimbinglh aku dlm setiap detik masa yg berjalan..:D

Erm,..same goes to all of us,.. sememangnya ada sahaja mereka yg meletakkan kepercayaan kpd kita,..for sure, ibuayah kita kan??.. So,.. cuba la fikir teman2,..sebelum kita nak buat something yg xbaik tu, ingat2 la ‘kepercayaan’ yg telah mereka letakkan kpd kita.. Jangan sesekali menghancurkan kepercayaan yg depa letak kat kita.. Sekali kita hancurkan, amat2 sukar & payah utk kita dapatkannya kembali..  So, ayuh2 dapatkan kepercayaan orang kpd kita dgn berkopiah, berjubah dll.. haha.. Ya ker???.. Xperlula.. Be yourself as a ‘Real Muslim’ yg memahami hakikat erti hidup & Islam itu sendiri.. Just do somethg that make u confident with urself [ selagimana xbertentangan dgn ajaran Islam semestinya]… huhu… erm,. nampaknya amat2 penting gak utk kita hidup dalam suasana yg baik iaitu suasana yg mana orang2nya masing2 ambik cakna & nasihat-menasiahti antara satu sama lain sebab selain ‘iman’ dalam diri kita > merasakan Allah tengok kita 24 hours a day [for sure, sentiasa naik turun],.. so, persekitaran amat2X mempengaruhi tindak tanduk kita.. Analogi mudah,.. cuba ko duduk dlm persekitaran masyarakat manusia yg semuanya duk giler2 baca buku, buat revision,.. mesti kita akan tergerak samakan utk bc buku?.. Ke X??..kalu x, paham2 je lar..haha

Note: Carilah persekitaran itu didalam bersama mereka2 yg berbulatan gembira.. ahakz!!.. Sure, depa akan meletakkan kepercayaan kpd ko & for sure, Allah akan meredhai kamu!!.. Ameen..:D

Monday, May 21, 2012

KerJa KiTa MaSiH tErLalu SiKit, BanYak & PaNjanG lagiiiiiii…. Are U rEadY to Stay iN tHis LoNg JoUrNey??.. But,..U HaVe To!!





          Pada 20Mei2012 [Ahad], aku bersama teman2 yg OseM menyertai satu misi mengutip sedikit donation utk Palestine, bgi projek ‘One Family,One Lamp’ yg akan dibawa pada misi bula Jun 2012 nanti, InsyaAllah. Kat Mana?.. Pasar Malam Sg.Nibong..hehe [ xtau pun sebelum nie ada pasar malam kat sg.Nibong..:P)..

          1001 pengalaman dapatku kutip sepanjang menyantuni 1001 ragam manusia di pasar malam. Ada yg sambut, ada x, ada yg menerima dgn baik, ada yg menolak terus, ada yg Nampak seakan2 nak lari [ trauma kot tengok kami bawa tabung. Haha,.. apepon, Husnuzzon!!],.. huhu.. macam2 kerenah..

1.                         Dek kerana iman yg agak lemah nie, ada jugak bisikan2 jahat singgah kat dalam hati.. erm,.. nak balik,.. [ mostly bila approach somebody, tp depa xnak layan kita @ buat2 dunno jer..hoho]..Allah.. Malunya.. tapi bila difikirkan balik,.. ala,.. setakat mana gak aku buat usaha nak banding ‘mereka2 yg terdahulu bekerja utk Islam”?????.. Adakah mereka manja sepertiku?? Huhu.. pasti & pasti jika mereka berSikap manja sepertiku, nikmat Islam xsampai pada kita pd hari nie… Ye la,.. kalu aku nie,  baru ja orang xnak layan,..dah rasa fed up,.. tapi mereka, bukan saja xlayan [ kes ni punmungki agak biasa bg mereka] bahkan ada yg dihina, dicaci, dicerca, dibaling dgn najis, dituduh penyebar fitnah, penyebab kehancuran dsb… Allahuakbar… gimanala agak2nya kalu aku ditempat depa dulu??.. Allah,.. Faghfirli ya Allah!!.. Nampak sangat xder nilainya aku disisi Allah andai aku terus bersikap sebegini..sobsob..:P

2.                        Satu lagi sikap, kadang2 masa nak approach manusia nie pon aku seakan2 ‘bias’,… biasanya aku lebih cenderung utk approach depa yg mukanya Nampak seakan2 baik, kalu aku Nampak muka cam garang, masam,..huh,..takut aku nak approach,.. kekadang terdetik dalam hati yg penuh kotor nie,.. Ala,..takkan mamat nie nak bagi kot!!.. Hello!!,.. Semua orang berhak la bro dapatkan nikmat & kesedaran Islam,.. not only certain people oNly!!.. Don’t judge any people from Inside ok.. Just deliver the message,.. whether they want to accept it @ not,.. its not ur business!!.. huh,..  Sentap aku bila seorang teman mengingatkan aku.. TQ Pendi..:D

3.                            Masa otw nak balik tu,..aku sekali lagi terfikir,..andai semua manusia2 yg muslim nie memahami tanggungjawab & amanah yg terpikul atas bahu mereka as a Muslim [ tuntutan Syahadatul Haq],..rasanya,.. xpayah2 dah nak susah2 nak kutip derma kat pasar malam,.. ye la,..semuanya kan akan mainkan peranan utk membantu ummat Islam,..xkirala kat Palestine ker, @ tempat2 lain.. Yg paling penting, masing2 hidup dalam suasana sedar & tahu ‘apa yg patut mereka buat’.. 

              Based aku punya pemerhatian pun aku tengok most of orang2 pd hari  nie agak selfish’,,…hoho.. Just imagine, kalau akak yg bekerja kat part drive thru KFC ada kesedaran sal tuntutan nie,.. dia pasti & pasti akan guna ‘kaunternya sbg tempat utk sebar risalah Palestin @ others risalah bermanfaat buat ummat,.. bukan sekadar duduk, tunggu customer dan bla3x.. Sama la.. tempat2 lain pun..kat mana pun kita berada,.. andainya semua orang tahu akan amanah & tanggungjawab depa as a Muslim & semua orang Nampak kenikmatan ‘jalan ini’.. pasti & pasti,..semuanya akan guna sebaik mungkin segala peluang & kesempatan yg Allah bagi kat dunia ini sbg alat utk membawa alhaq & Kesedaran kpd semua yg lain… Wow!!.. Rahmat Islam akan tersebar ke dalam seluruh hati2 ummat manusia & yg pastinya xpayah dahla susah2 nak pi approach lama2, nak explain lagi,. Kalu semua da paham,.. just letak jer tabung ng banner sikit kat pasar malam tu,…just edar flyers@pamplet,.. Sure manusia2 yg paham nie,..akan terus ‘memainkan peranan’ depa..haha.. [ tapi!!.. bila??]

Kesimpulannya..
  1. Banyak lagi kekurangan & kelemahan diri ini as a Muslim..hoho.. bantu aku Ya Rabb.. apapan,.. ‘Islah Nafsik,wad’u ghairok’
  2. Sesungguhnya kerja2 kita masih panjang & terlalu sedikit usaha yg kita curahkan utk jalan ini.. Masih ramai lagi manusia2 diluar sana yg masih terkapai2 didalan lautan ‘duniawi’.. Ayuh,…sambutlah tangan2 mereka,.. sama2 kita bekerja utk membina manusia2 ini…ahakz.. [bina manusia??]..ya!!.. Membina manusia yg memahami fikrah Islam, fikrah Iman & tuntutan fikrah dakwah itu sendiri atas diri mereka.. hoho..:P
  3. Baruku memahami makna disebalik tema yg didokong oleh Aqsa Syarif iaitu ‘Memperkasa Ummah, Membebaskan alAqsa’……… hoho.. InshaAllah, masyarakat yg salim aqidahnya & memahami hakikat erti hidup yg sebenar pasti & pasti merekalah ‘pejuang2 baru yg dinantikan utk pembebasan bumi alQuds”.. so, nak xnak,.. we must start this effort from ourself & people around us!!..  Bina jiwa2 yg ‘Faham’.. InshaAllah segala urusan lain, akan dipermudahkan!!

Wallahua’lam.. Ini sekadar perkongsia ringkas dr aku yg jahil.. hoho.. Ya Rabb, bimbinglah kami setiap saat dlm hidup kami!!

Thursday, April 19, 2012





PETUA TIDUR NABI SAW


SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN


Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Wednesday, April 18, 2012

Tugas & Kepentingan Jalan Dakwah

Tugas & Kepentingan Jalan Dakwah..


[1] Jalan dakwah memainkan peranan yg amat besar & agung dlm usaha :

  • memimpin dunia
  • mengajar seluruh ummat manusia kpd sistem Islam, cara hidup Islam & ajaran yg baik yg baik kerana manusia tidak akan bahagia tanpanya.
[2] Tugas & Kepentingan dakwah bukanlah bersifat juzi'yah, separuh2 sahaja, buat ala kadar, bukan hanya utk tujuan2 @ matlamat2 yg terbatas dr segi ekonomi,politik @ sosial tetapi ia adalah satu tugas agung yg memainkan peranan yg amat penting bg menyempurnakan hidup manusia  dr semua aspek kerana arRasul saw diutus adalah utk membawa rahmat ke seluruh alam.

[3] Bagi sesiapa yg melaksanakan tugas ini, balasannya amat2  besar,.. bahkan lebih besar dr nikmat2 yg ummat manusia peroleh di muka bumi. Balasannya adalah SYURGA yang mana luasnya adalah langit dan bumi. Didalamnya disediakan apa yg tidak pernah didengar oleh telinga manusia, tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terlintas oleh pikiran. Disana kita akan berada bersama2 para anbiya', para siddiqin, para syuhada' & para salihin kerana merekalah sebaik2 sahabat. Kita akan terselamat dr azab neraka yg bahan bakarnya terdiri drpd batu & manusia. Kemuncak dr itu semua ialah kita akan mendapat 'MARDHOTILLAH'.

"Dan keredhaan Allah adalah lebih benar, itu adalah keberuntungan yg besar" - AlAnkabut (72)

HalaTuju Jalan DakWah




Setinggi matlamat jalan dakwah ini ialah 'Allah'. Tidak ada suatu yg kita tuju melainkan Allah. Kita beriman kpdNya.




 Kita melihat segala sesuatu dlm hidup kita semata2 utk Dia. Kita beribadah kpdNya sepenuh hati kita,bukan utk kepentingan diri semata2. 


Kita mencari keredhaanNya dlm setiap usaha kita dr sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara dlm hidup kita dgn penuh ketelusan & keikhlasa jiwa serta benar2 yakin bahawa disitulah terletaknya kebahagiaan yg sejati, hidayah yg hakiki & kejayaan yg sebenar.


"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yg nyata dr Allah utkmu" - Azzariyat (50)

Tuesday, April 17, 2012

ZiAraH tu SuNNAh!!

Malam tu aku teman seorang teman pi ziarah seorg mad'..


Tujuan nak hidupkan sunnah arRasul & bertanya khabar utk kuatkan lagi ukhwah antara kami..


Masa kat bilik budak tu,ada datang seorang budak.. Lepas salam semua, dgn nada seakan2 sinis,.. ai bang, datanf ziarah ka?.. ( mood tabligh ).. Hoho..


Hello.. Jamaah tabligh ja ka bro leh buat usaha ziarah?.. Ka masa time raya ja boleh buat ziarah?..huhu.. Erm,.. xpe hopefully Allah buka pintu hati ko utk join jalan dakwah & tarbiyah nie..


"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." 



(HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)


InshaAllah.. ayuh hidupkan sunnah ziarah utk 


menyentuh hati2 di luar sana utk sama2 


mendapat kemanisan hidup dengan Islam, 


Iman dan Tarbiyah.. 

Wednesday, April 4, 2012

Marahku Tanda Sayang


Selepas pulang dari surau, aku mencapai handphoneku dan tertera “1 message received”, jadi aku pun membacanya.
“ Bang, nanti kalau free, minta call jap”
Huh,..ada apa pula budak nie?.. monologku sendirian. Lantas setelah aku menghabiskan bacaan al-Mulk, aku menggapai handphoneku dan menghubungi adik bongsuku.
“Assalamualaikum, apa khabar?.. Ada apa suruh Abang call ni?
“ Waalaikumussalam,.Alhamdulillah sihat.. Erm,..Abang, nak minta tolong sikit ni..”
“InshaAllah tolong apa?”
“Begini, nak minta abang tolong isikan permohonan untuk jadi polis, askar atau bomba. Kawan-kawan adik semua dah isi”..
“Huh?.. Kenapa tiba-tiba beria nak mohon pekerjaan pula ni?.. Bukan kau nak ambil STPM ka hujung tahun ni?.
“ Erm, sebenarnya adik dah tak de mood untuk belajar”..
“Allahurobbi, apa kena ni?”.. Minggu lepas, kau minta pandangan abang nak keluar asrama, kemudian abang bagi sebab abang tahu kau boleh bawa diri walau kat rumah tapi sekarang ni minta nak kerja pula? Apa sekarang yang bersarang dalam kepala otak kau ni?”

Aku tidak bermaksud untuk memarahimu tapi aku dah sedikit syak-wasangka buruk terhadap perubahan sikap kau masa aku berada di rumah semasa cuti semester lepas.. Aku syak kau dah mula ‘couple’ dan akhirnya, dah mula bawa balik kawan perempuan kononyan kat rumah, aku cukup malu. Dah mula tunjuk taring bawa balik perempuan kat rumah ya. Allahurobbi, tambahan pula keluarga aku bukanlah dari jenis islamik sangat. Jadi, ibu ayah aku tidak melihat pun benda ni sebagai satu kesalahan. Malah, ibu ayah aku siap jamu lagi budak perempuan tu makan kat rumah dan layan bagai ‘menantu’. Aku jealous?.. Sorry.. Langsung tidak tetapi malu dan sangat-sangat malu kerana aku gagal menegakkan kebenaran. Di mana ikhtilat pergaulan?.. Mana mungkin aku boleh redha apabila seorang perempuan berada di rumahku atas asbab ‘ziarah’ adik aku yang sihat tanpa sebarang alasan-alasan syarie yang membenarkan? Boleh ka?Pernah suatu hari,aku disindir oleh abangku dek kerana tidak mempunyai awek. Allahu.. bagaimanalah aku nak bentuk mereka Ya Allah!! Tapi, Alhamdulillah, walaupun mungkin agak sukar untuk aku perbetulkan abang-abangku namun aku bertekad untuk membimbing adik bongsuku agar kenal hakikat erti cinta sebenar. Namun, dek kerana aku jarang berada di rumah kerana berada nun jauh di perantauan, adik aku seolah-olah terabai dari segi tarbiyah dan perhatian ‘yang baik’.

Oleh sebab itu, aku tiba-tiba naik angin apabila mendengar alasan adik aku “dah tak de mood untuk belajar”.. Segala syak wasangka dan kesabaran aku terhadap sikap adik aku yang couple itu meletup.. Aku terus memarahinya..
“ Kenapa kau ni? Tiba-tiba ja nak kerja.. Nak berhenti sekolah? Apa yang ada dalam kepala otak kau ni? Aku kata jangan couple,kau nak couple.. Orang sibuk study,kau sibuk nak bermadu, kau sibuk nak buat maksiat.. kau kena ingat siapa hakikat diri kau tu?. Kau kena ingat, siapa yang bagi kau tangan untuk memegang? Siapa yang bagi kau kaki untuk melangkah? Siapa yang bagi kau jantung yang berdenyut? Siapa? Allah!!.. Kau jangan ingat apa yang kau ada tu milik kau.. Semuanya milik Dia, Dia yang bagi kau semua tu!!.. Kau ingat Dia bagi semua nikmat tu semata-mata untuk kau ‘bercouple’, puaskan keinginan hawa nafsu?,.. Sorry beb.. Semua itu hanyalah alat-alat yang Dia bagi supaya kau guna sebaiknya untuk meraih redha Dia.. Bayangkan dik, kalau kau jadi boss syarikat, kemudian anak buah kau tak buat kerja atau sekadar makan gaji buta,kau marah tak?.. Sama la dengan kita,.. Bila kau dah permainkan BOSS besar kau,kau ingat nak ke Dia bagi kau apa yang kau tadah tangan meminta dengan dia?. Sia-sia beb.. Itu sebab kau rasa putus angin, tak ada semangat sebab kau dah ‘menghampakan’ si Dia, Pemberi Semangat.. Jangan kau permainkan Tuhan dik, berat padahnya.. Aku sekadar boleh bagitau yang mana baik yang mana buruk saja, tapi bergantung kepada kau la samada kau nak pilih jalan mana. Masa depan kau di tangan kau. Satu lagi aku nak pesan, kalau kau betul-betul nak jadi orang, kau kena muhasabah diri kau balik,kau mesti taubat dan minta ampun dengan Dia. Segala masalah kita ni berpunca daripada dosa maksiat yang kita buat. Ingat, matlamat hidup kita hanya untuk Dia, Penguasa Langit dan Bumi.. Kalau kau berani cabar dia, kau menempah tiket kehinaan. Jadi, abang harap kau buatlah pilihan yang baik. Jangan Persia-siakan nikmat ‘akademik’ ni, gunakan sebaik mungkin sebab kau antara sebilangan kecil pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM ni, beribu lagi di luar sana yang tidak berkesempatan. Jadi, jangan la kau sia-siakan peluang ini, laksanakanlah sebaik mungkin amanah yang diberikan, tinggalkan kejahilan-kejahilan dan lakukanlah pengorbanan untuk kejayaan sebenar untuk diri kau, keluarga, masyarakat dan agama kau sendiri. Harap kau faham apa yang abang perkatakan ni.
Allah sebagai Ilah,..Dialah kuasa yang kita kena cinta, harap dan takut.. Dialah matlamat hidup kita.. Apabila kita mengangkat makhluk sebagai Ilah kita,maka kehinaanlah bagi kita. Saidina Umar pernah berkata “ Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selain dari Islam, maka kehinaanlah atas kita.
Wallahua’lam
Renung-renungkanlah..
Ku pohon doa dari kalian agar Allah masukkan aku dari kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur..:)



Monday, March 12, 2012

MATLAMAT YANG JELAS


"memahamkn org lain akn islam bknlah untuk mereka 
mengikuti kita serta jemaah kita tetapi matlamatnya agar mereka kembali bertuhankn akan Allah SWT bknnya harta mahupun manusia.jadi amat silaplah setiap org yg berckp tntg islam tetapi tidak berfikiran begini.malah ada yg merendahkn jemaah lain yg kekurgn hnyalah masalah cabang.raikanalah setiap perbezaan tarbiyah diantara jemaah-jemaah lain.Apa yg utama dalam semua jemaah matlamatnya cuma satu ingin kembali bertemu Allah dlm keadaan Allah SWT redha akan kita menjadi hambanya."

Friday, March 2, 2012

Biar depa kenal kita as bro yg main futsal..


Kadang2 AKu terfikir sejauh mana aku telah meletakkan usaha aku dalam melaksanakan misi membina diri aku & sahabat2 lain yg masih belum menerima sentuhan ‘jalan ini’..  Aku buntu.. Seolah2 hampir 3 tahun berada di kampus, nothing aku sumbangkan… Ya Robbi,..ampunkan aku.. juga sahabat2ku, maafkan aku..

Ya Allah…

Satu pagi tu, aku di’tegur’ seorang junior,.. katanya, Bang, better utk depa kenal kita sbg bro yg main futsal rather than depa kenal kita as brother yg bawa usrah..  Dalam maksudnya..

Aku sedar..

Suatu yg mungkin terlepas pandang,..tapi mungkin disebabkan sikap aku yg main2.. Allah,..ko xyakin ka???... Ya Allah,.. maafkan aku.. sebab setiap kali aku sering diperingatkan oleh Naqibku utk sentiasa bermuayyasyah dgn adik2 mad’u.. penuhi keperluan depa, ziarahi depa..

Moga Engkau bantu aku ya Allah.. & Mohon benar Engkau matikan aku di jalan ini.. Ameen..

3/3/12
Ahad
10:46 am