Tuesday, October 30, 2012

Qoedah & Usul Dakwah


Alhamdulillah InsyaAllah ini sedikit perkongsian daripada Katibah Umar Tilmisani yg telah diadakan pada 23/10/2012 (Selasa)..

Dakwah itu Nadiku..

Sedikit Tazkirah:

Cuba bayangkan, jika sesuatu benda itu kita terlalu sayang, pastinya kita tidak akan bagi kepada sesiapa MELAINKAN kepada seseorang yg juga kita sayang bukan?.. Samalah dengan Allah taala, hakikatnya.. Dunia ini tiada nilainya disisi Allah, maka nikmat dunia ini Allah taala bagi kat sesiapa sahaja, xkisahlah orang itu xsolat ka, xpuasa ka, xtutup aurat ka dan sebagainya sebab hakikat dunia ini hanyalah alat semata2 ( yg sepatutnya kita gunakannya utk mendapatkan Matlamat terbesar kita iaitu redhaNya).. TETAPI.. hidayah itu suatu yg amat mahal harganya,.. pasti dan pasti,.. Allah xkan bagi kat semua orang MELAINKAN bagi mereka yg berusaha mencari hidayah itu.
 ( **for surelah, semuanya berlaku atas kehendak Allah)

Sedikit perkongsian pasal Qoedah2 & Usul2 dalam kita nak laksanakan dakwah ni based on tulisan Dr.Jumuah Amin

Dalam melaksanakan misi menyedarkan golongan2 yg “masih lena” tidor, ada beberapa perkara yg perlu kita ingat!!

1.     AlQudwah qobla Adda’wah
-         Maknanya sebelum nak sedarkan orang, kita kena sedarkan diri kita dulu..hehe.. Paling kurang, diri kita dulu kena jadi contoh kepada para mutarobbi kita sebelum kita nak ajak mereka kepada Islam. Contohnya, kita nak depa baca Quran, tapi kita xbaca, kita suh depa qiam, kita Subuh pun pukul 7.. Xyah nak fikir yg payah2 Cuma praktikkan apa2 yg basic shj,.. pastikan kita jaga.. & cubalah lakukan yg terbaik dalam setiap kerja buat kita. Bukan hanya “cakap xsuper bikin”!! Munafik!

2.     Atta’lif qobla Atta’rif
-         Prinsip ‘keterikatan’ sebelum ‘pengenalan’… hmm,.maknanya, sebelum kita nak ajak dia berbulatan gembira or apa2 yg berkaitan, kita kena kenal dia dulu & dia kenal kita dulu,.. pandai2 lah praktikkan “Dakwah Fardiah” sepertimana PakCik Mustafa Masyur cadangkan tu.. hehe.. penting tau muayyasyah,.. baru senang depa nak ikut kita..:)

3.     Atta’rif qobla al-Taklif
-         Maksudnya, pengenalan sebelum tanggungjawab. Erm,.. mudahnya camnie la,.. sebelum kita nak suh depa join bulatan gembira,.. kita kena kasi mereka fahama dan jelas dulu kenapa kena berbulatan gembira,.. apa pentingnya?.. wajibkah ia?.. ikut sunnah ka ia? Dan segala bagai yg berkaitanlah..haha.. cthnya, kita bagi ISK dulu..  biar depa nampak tang mana pentingnya usrah nih..haha..:D

4.     Al-Tadarruj fi At-Taklif
-         Maksudnya : “Berperingkat2 dlm memberi Tanggungjawab’.. maknanya,.. pabila seseorang budak tuh dah semangat giler nak berubah setelah mendapat sentuhan dahsyat ISK (biiznillah).. kita xleh nak bagi tau dia pasal semua benda sekaligus,.. dia akan jem nanti haha.. Cth mudah, jux imagine kalu sorang budak tu semangat giler nak pi sekolah, so ayahnya pun masukkanlah dia ke darjah satu,. Dia hafal satu2 ABC, 123 dlm masa sekejap dan macam2 la yg dia buat sehingga dialah murid pertama dlm sekolahnya yg boleh membaca dlm masa xsampai sebulan persekolahan.. walaweh hebat!! Pun begitu, Cikgunya xleh nal ajrkannya terus silibus2 budak2 darjah 4,5,6.. itu menzaliminya!! Dia akan jem!! Sebab silibus itu pun diajar ikut level budak2 kan?.. ha.. sama la dalam dunia dakwah tarbiyah, walaupun budak tu semangat tahap gaban, jangan terlalu mengikut semangatnya tapi kita kena bentuknya ikut kefahaman yg bertahap2,…. Sepertimana yg kita sedia maklum,.. pastikan dia settle sal Fikrah Islam, Fikrah Iman lu baru bagi Fikrah dakwah dan seterusnya,.. Ini tidak,.. fikrah Islam, Iman, Dakwah belum settle, bebudak tu dah dibasuh dgn Fikrah jamaah..maka bertindaklah dia menjadi seorang yg hanya Nampak kuasa jer sbg keutamaan,.. timbullah isu seperti yg berlaku kat sesetengah tempat… Apa isu?.. kerna politik, sanggup menggadaikah ukhwah sesame Islam dan sebagainya.. Minta jauh ya Allah.. Bagi kami kefahaman dlm beragama!

5.     At-Taisir La Al-Ta’sir
-         Memudahkan bukan memayahkan…….. Haa Ini pun sangat penting!! Kadang2 kita terlalu menyempitkan konsep ‘ibadah’.. contohnya,. Patutkah seorang PakCik memarahi seorang anak muda yg singgah solat semata2 sebab dia berseluar jin & tidak memakai kopiah??.... huh,.. ni satu cth, sama gak dlm kes kita nak menyantuni adik2 yg baru nak berubah.. Islam itu Easy!!

6.     Al-Usul qobla al-Furu’
-         Kita jugak kena pastikan adik2 mutarobbi kita ni faham perkara2 Usul dulu baru pergi kpd perkara2 cabang. Cadangan ana, at least cover dulu Usul 20 karya alBanna. InsyaAllah

7.     AtTarghib qobla at-Tarhib
-         Kena always bagi motivasi, bukan dok bagi ancaman,… support semangat dia nak berubah,.. always bersama dia,.. for sure, perubahan itu akan diiringi dgn ‘halangan2’ tertentu.. so, jangan kita tambahkan lagi beban utk dia terus berubah.. mesti always bg semangat!!

8.     AtTafhim la al-talqin
-         Kita kena membina mad’u itu dgn kefahaman, bukan sekadar membaca..  Kefahaman itu datang dari tangan2 yg ikhlas berjuang melalui jalan ini dan dengan tangan2 itu dia membentuk keperibadian yg lain I’Allah..

9.     At-Tarbiyah la atTa’riyah
-         Mentarbiyah bukan menghukum,memalukan

10.                        Tilmiz al-imam la tilmiz alkitab
-         Murobbi kena jadi imam kpd murid bukan kpd buku ( serius tugas as a murobbi payah,main dgn jiwa kot).. Tarbiyah perlu kpd murobbi!

Monday, October 22, 2012

Buat bakal Isteriku




Assalamualaikum ya Ukhti..


Aku ini hidup sbg seorang Islam yakni aku bekerja semata2 utk tunduk dan patuh kpdNYA sebagai matlamat hidup aku, Itulah matlamat yg paling besar dlm hidupku ini. Pabila aku sedar akan nikmat dan jalan ini, lantas sebulat hatiku aku menyerahkan hidupku ini semata2 utk Dia, tiada yg lain, bahkan aku sanggup hilang apa sahaja melainkan aku tidak kehilanganNya.. 

Utk memudahkan ukhti memahami apa yg aku maksudkan begini, just imagine, bila kita seorang pelajar, target kita (MATLAMAT) amat2 jelas utk dapat yg terbaik dlm exam kan? Sebab in case, xdapat result cemerlang, kita xdapat sambung belajar dll cthnya,.. maka sayugialah MATLAMAT itu akan jadi ‘pembuat dasar’ yg paling berkuasa mempengaruhi kita utk melakukan sesuatu perbuatan bukan?.. Bahkan kita sanggup utk tidak melakukan sesuatu in case benda itu xmembawa kita kpd MATLAMAT itu bukan?.. Haa, samalah hidup kita ya Ukhti,.. pabila aku memahami  DIAlah kekasih abadiku, maka Dialah matlamat kecintaanku,.. bukannya lain2 hal melainkan lain2 hal itu mampu membawaku kpd cintaNya.. Seperti halnya dengan perkahwinan kita, perkahwinan ini juga adalah alat utk kita mempersatu cinta kita demi meraih redhaNya..Justeru, aku tidak memilihmu atas asbab dirimu seorang yg cantik, berharta atau apa2 sahaja melainkan InsyaAllah keyakinanku bahawa engkau mampu bersamaku dlm menerajui bahtera kita menuju Cinta Abadi kita yakni Cinta Allah..

Dulu, aku banyak tidak memahami hakikat diri aku sbg seorang Islam, lantas sapaan tarbiyah membawa aku  kpd jalan kefahaman ini Alhmdlh,.. aku mula memahami makna disebalik Kalimah Syahadahiaitu ia bukan sekadar menuntut aku utk sekadar mengucapnya,lantas aku declare Aku Islam.. No!! Lebih besar dari itu.. Tiada Ilah melainkan Allah membawa kita meletakkan Allahlah tumpuan bagi segala2nya dalam hidup kita.. Dialah matlamat @ tumpuan kecintaan kita, Dialah tempat kita berharap, Dialah tempat harap kita, Dialah tempat kita kena takut, Diala pemberi rezki, Dialah Raja kita dan Dialah segala2nya.. Tiada yg lain dariNya.. Aku juga mula memahami bahawa kalimah ini menuntut utk aku beramal sbg seorang Islam, membaiki diriku dan mengajak orang2 sekelilingku kpd Dia.

Justeru, aku memberanikan diri utk menyerahkan seluruh kehidupanku kepadaNya sebab aku yakin akan janji2Nya kelak,.. aku tekad dan tekad, Dialah cinta pertamaku, Dialah segala2nya bagiku..  Maka, aku akan terus dan terus bekerja utk memastikan Dia sbg Kekasihku tidak ‘dikhianati’ oleh saper2. Justeru, aku mewakafkan diri kpd perjuangan ini bg mendidik dan mentarbiyah diriku dan orang2 sekelilingku agar sama2 mencintaiNYA dan tidak menduakan atau ‘menandingiNya’..

Ukhti,kerna tarbiyah, aku faham bahawa perkahwinan ini merupakan satu jalan utk aku mendekatkan diri kpd cintaNya dan juga wasilah(jalan) yg amat2 penting utk kita mempengaruhi manusia lain dgn cara hidup Islam dan membawa mereka utk turut sama meletakkan Dia sbg kekasih. InsyaAllah, keluarga2 yg lahir atas dasar kesedaran Allah sbg Kekasih akan melahirkan sebuah masyarakat yg meletakkan Allah sbg kekasih & sekaligus membawa kpd sebuah Negara yg mengutamakan kasih & redha Allah dlm pemerintahannya.. Allah tidak dapat ku gambarkan ya ukhti saat itu.. Aku harap bahtera perkahwinan yg kita bina menjurus ke arah itu.. Harap engkau mengerti..

Ya Ukhti, Dia memilihku utk merasai nikmatnya islam melalui jalan tarbiyah dan aku merasai nikmatnya hidup ini InsyaAllah,.. aku mahu begitu juga manusia2 sekelilingku sbg persiapan utk kita semua melayari bahtera kehidupan di masa depan yg pasti dan pasti makin mencabar.. tarbiyah itu nadi kpd kekuatan kita sbg hambaNya insyaAllah. 

Ya UKhti, terus terang aku katakan bahawa cara mudah untuk dikau mengenali diri ini adalah dengan cara engkau juga menyerahkan dirimu utk ditarbiyah.. InsyaAllah tarbiyah mampu utk menjadikan kita tolakansur, saling memahami dan bersedia utk sebarang kemungkinan didalam mengemudi bahtera ini. . Tarbiyah mampu utk meletakkan kita sekufu insyaAllah.. Ini harapanku..

Jom tarbiyah!!
Moga Allah redha.