Tuesday, March 5, 2013

Buat akhi yg aku rindu.. Jomlah datang Usrah.. Lama dah xtengok kelibat nta..


Assalamualaikumwbt..huhu. apa khabar Mi?..  

[Adus, tulis2 surat pulak, budget dok jauh la sangat.. haha..]

Huh.. xtau la.. rasa inilah satu2nya cara yg boleh ana guna utk meluahkan ‘isi hati’ ana kpd nta.. huhu.. ( ayat2 romantik lak).. xpe,.. kan seorang akh itu adalah bersaudara kpd seorang akh yg lain sehingga Allah sendiri menjanjikan lindungan bayangan arasyNya di Mahsyar kelak utk 2 pemuda yg saling mengasihi keranaNya?..huhu..

[p/S:  guna ana-nta la pulak haha..]

Alhamdulillah inshaAllah, kerna kasih kpd nta sbg saudara ana dlm Islam, ana amat2 merasa terpanggil utk memberitahu nta berkenaan perasaan dan mungkin ‘kebimbangan’ ana ini .. xtau camner nak describe.. Allahu.. Harap nta boleh baca sampai habis la..
Kenapa xnak jumpa terus?. Eh, bagi lain la sikit.. huhu.. xdelah, semester akhir nie amat2 sibuk bagi ana dgn lambakan kelas2 dan juga case2 study yg nak kena solve saban hari hoho..  Tambahan pulak, sem ni hanya dlm sebulan ini sahaja ana akan berada disini ( hoho,.. budget sedih la lak). So, amat2 kesuntukan masa. Justeru, moga Allah menyampaikan hasrat isihati ana ini kpd nta melalui warkah ini..

Firstly, suka utk ana kongsi balik dgn nta berkenaan dgn petikan ayat2 drpd warkah cinta Yang Maha Pencinta kpd kita, yg berbunyi “ Hai orang2 beriman, belum tiba lagikah masanya utk kamu khusyuk mengingatiKu”? ( Rujuk AlHadid:16).

Akhi, cuba kita teliti balik maksud disebalik ayat ini..
Just tadabbur, kenapa Allah menyeru “Orang2 yg Beriman”??????? Utk tunduk khusyuk mengingatiNYA”??? Kenapa tidak Dia menyeru orang2 yg lalai????

“ Wahai Orang2 Yg Lalai @ orang2 yg melakukan maksiat @ orang2 yg degil, belum tibakah lagi masanya utk Kalian utk tunduk khusyuk mengingatiKU”??? >> Kenapa tidak begini? Tetapi yg diseru ialah ‘Orang2 Yg Beriman”???

Logiknya kita kata orang2 beriman nie, dah ok la kan?.. Nape diseru lagi?. Suppose yg sepatutnya diseru org2 yg lalai, org2 yg jauh dr Islam kan??? Tapi kenapa sebaliknya?
Haa.. Inilah yg ana nak kongsi..

Akhi yg ana sayangi kerana Allah, siapa itu orang beriman??

Itulah mereka2 yg meyakini didalam hatinya bahawa Allah itulah Yang Maha Kuasa, Allah itulah Yang Maha Hebat, Allah itulah pencipta alam buana ini dan segala benda Dialah Yang Maha Tinggi. Manakan tidak, seseorang itu, walaupun ada setitik rasa iman dlm hati kecilnya, dia xkan berani utk mencabar Allah, dia xkan berani utk keluar dr Islam ( kenapa xberani?, sebab depa YAKIN, walaupun keyakinan itu hanya sebesar biji sawi!!) walaupun dia melakukan banyak perkara2 dosa, maksiat yg bertentangan dr kehendak Allah..

Inilah KITA kan Mi???

Walaupun iman kita xkuat tapi jauh di sudut hati kita, kita meyakini Allah maha Hebatkan? Sebab itu, sejahat2 kita pun, kita xkan berani utk cabar kekuasaan Dia kan?.. Kalaupun kita buat dosa, kita juz wat donno je kan?? Sebab nun jauh dalm hati kecil kita, kita yakin akan kehebatan, keagungan, kekuasaan Dia kan? p/s: Tambahan pula inilah fitrah manusia, meyakini Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa!

Jadi akhi,
Nampak x utk saper ayat ini diturunkan??

Untuk kita la!!!!!

Kerana cintanya Allah kepada kita, Dia turunkan teguran ini kpd Ana, juga kepada Nta!! juga kpd semua!!.. Kita selalu lalai, kita selalu alpa, kita selalu menolak kebenaran walaupun kita tahu itu adalah kebenaran. Kita sangat2 mudah alah dgn desakan hawanafsu kita, kita selalu buat dosa, kita selalu membelakangkan Allah dlm kehidupan kita, kita buat dekkk jer dgn segala kehendak Dia, bahkan kita lebih mengutamakan kehendak dan kepuasan diri kita semata2.. Allahu.. Moga2 Allah mengampuni kita.

“Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik.”
(Al-Hadid : 16)

Akhi,

 "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa." (Asy-Syams 91:8)

Allah mengilhamkan 2 jalan sahaja dalam hidup ini; jalan baik (jalan Islam) yg akan membawa kita kpd keredhaan Yang Maha Kuasa, syurga sbg bonus menanti dan jalan fujur (jalan jahiliyah), yakni jalan yg akan membawa kita kpd kelalaian, keseronokan sementara, bahkan ke Neraka yg maha mengerikan. Kitalah yg menentukan jalan mana yg kita mahu berada, kalau xpada jalan Islam, secara sedar ataupun tidak kita dijalan jahiliyah.

Apa yg ana kenal sepanjang perkenalan kita ( cewah..),.. Nta punya potensi yg cukup2 besar utk lebih memahami hakikat hidup ini yg sebenar. Orang2 seperti ntalah yg amat2 diperlukan utk membawa lebih ramai lagi manusia2 di luar sana yg masih ‘tidur’ utk sama2 kembali ‘sedar’ dan benar2 menjadi hambaNya yang bersyukur dan memahami hakikat erti hidup yg lebih besar dari sekadar memenuhi kehendak hawa nafsu.

Akhi,
Jomlah sama2 kita sama2 duduk, mentadabbur ayat2 cinta yg dikirimNya, try our best utk khusyuk mengingatiNya. Inilah salah satu wasail (jalan/manhaj) yg telah ditunjukkan baginda arRasul SAW dalam membina keperibadian para sahabat utk memahami akan hakikat erti hidup sehingga mereka menjadi satu generasi hebat yg amat digeruni di mata dunia, sehingga rahmat dan keadilan Islam itu terus tersebar ke seluruh pelusuk alam, menaungi alam ini dgn rahmat Islam,.. sehingga Islam mengusai 2/3 dunia!!.. Bahkan akhi, di tangan2 mereka inilah hakikat kebenaran itu terus tersebar dari generasi ke generasi sehinggalah sampai kpd kita pada hari ini. Tapi sayangnya, bila sampai kepada kita, kita xmengalirkan hakikat kebenaran itu kpd yg lain, bahkan kita sembunyikan pulak hakikat kebenaran Islam, kita sekadar dok senyap2 saja , khusyuk mengejar dan memenuhi kehendak hawa nafsu!.. Allahu. Moga Dia ampuni kita.,

Huh.. agak panjang luahan ini.. [ TQ jika masih membaca setakat ini]

Akhir kata, buat nta yg ana sayangi,..
Ana menyeru diri sendiri dan juga nta agar kita dapat kuatkan diri utk sama2 membina keperibadian diri kita melalui jalan ini, jalan yg telah ditunjukkan Allah baginda arRasul SAW. Justeru akhi, inilah antara misi besar yg kita nak bina melalui halaqoh2 liqo’ yg kita hadiri.

Ana uhibbuka fillah abadan abada!!

** Mohon seribu kemaafan andai ada sebarang kelakuan, percakapan, tingkahlaku @ tulisan ana yg menyakitkan hati nta, tapi jujurnya, inilah lahir dr isihati ana buat nta**
p/s: InsyaAllah, malam esok pun ada liqo’. Kami semua merindui kehadiran nta!. Moga Allah sama2 memberi kita kekuatan utk memilih yg terbaik dlm hidup ini.. Peace.YOOOOO!!!!!!!!
Wassalam.