Saturday, September 24, 2011

Usrah dan Tabligh



Alhamdulillah kita masih diberi ruang  & peluang utk terus memanfaatkan sisa2 masa yg ada utk terus memperbaiki diri & meningkatkan kualiti diri I’Allah..



        Aku cukup respect & kagum dengan gerak kerja & semangat yg ditunjukkan oleh sahabat2 Muslim drpd Jamaah Tabligh dalam merealisasikan hakikat kalimah Tayyibah. Aku cuba renung, fikir & membuat sedikit analisa bagaimana mereka mampu utk bekerja sedemikian rupa & mempunyai kekuatan yg cukup ramai & agak ramai yg ‘syadid’ dalam membawa agenda perjuangan Islam.

        Aku cuba mengamati 2 kumpulan yang membawa agenda perjuangan Islam iaitu “Jamaah Tabligh” & “Jamaah 'USRAH'”.. Ini apa yang aku lihat la perbezaan antara 2 jamaah ini..


Jamaah Islam (Tabligh)
Jamaah Islam (Usrah)
Golongan Siswa (alam kampus)
Ramai
Ramai
Golongan pekerja
Ramai
Dah Mula GHAIB
Golongan Pak Cik
Ramai..
Xramai..

        Aku melihat golongan yg menyertai Usrah ini sememangnya kita boleh lihat agak ramaila di kampus2, Tapi bila pulang ke kampong… SENYAP MEMBISU.. cuba tengok sahabat2 tabligh.. mereka ada dimana2,. Not only bergiat aktif dekat kampus.. kat mana2 pun boleh jumpa depa,..hatta masa sem-break pun depa still buat kerja daakwah… KITA??... Uni Cuti, Usrah pun cuti..kan??.. Kenapa ya?

        Bila dah tamat belajar, dah dapat segulung ijazah… kelihatan satu demi satu mula GUGUR, GHAIB entah kemana.. Tambahan lagi, bila mula dah dapat kerja, berumahtangga & beranak pinak,.. satu demi satu GHAIB.. Pendek kata, semakin meningkat umur,semakin ramai ikhwah2 yg gugur… Kenapa ya?.. Tapi cuba tengok sahabat2 Tabligh & pakcik2 Tabligh,.. ada mereka mengalami ‘lost generation’??..tIDAK.. kita boleh dapati mereka ada wakil di setiap peringkat umur.. Kenapa ya??

        Semuanya kerana ‘MATLAMAT’ kan??.. We’ll not do somethg if we don’t know why should we do it!!

     Ya!!.. Pada pendapat aku mengapa semua ini berlaku adalah disebabkan oleh KETIDAKJELASAN MATLAMAT & KETIDAKYAKINAN akan manhaj yg sedang dibawa.. Kita tidak pun merasakan bahawa inilah suatu kerja yg wajib kita lalui & kita imani untuk membawa Islam kepersada kegemilangan.. So, apabila ini tidak berlaku, jadilah masalah2 seperti yg dihurai diatas.. Kita menyertai usrah semata2 untuk mengisi masa lapang & most of us juga berpendapat usrah nie adalah satu majlis ilmu,.. so,depa menghadiri halaqah dengan mindset utk mendapatkan ilmu.. SILAP bukan??.. Matlamat Usrah lebih besar drpd itu,.. Ia adalah medan utk kita merealisasikan keimanan kita kepada kalimah ‘Lailahaillallah’.. Ia adalah medan yg wajib kita tempuh utk membuktikan bahawa kita ini benar2 seorang Muslim.. Disinilah tempat dimana kita menyedari akan hakikat matlamat & peranan kita sebagai seorang Muslim & bersama2 dalam membina kembali ummat ini yg hakikatnya sedang menanti sentuhan2 kasih-sayang & tarbiyyah..

        Mengapa saya katakan disinilah suatu medan utk kita merealisasikan hakikat kalimah ‘Lailahaillallah’??... Cuba kita hayati balik apa makna disebalik kalimah ini... sememangnya ia akan menuntut kita utk membuat ‘sesuatu’…. Itu sebablah Nabi yg Mulia SAW ada menyebut bahawa Kalimah ini adalah suatu kalimah yg senang ditutur tapi hakikatnya ia lebih berat drpd langit-bumi & seisinya..

        Keimanan kepada kalimah ‘Tiada Ilah selain Allah’ menuntut kita untuk meletakkan seluruh tumpuan hidup kita hanyalah berpaksi kepada Dia Yang Maha Satu.. Dialah satu2nya tempat yg harus kita meletakkan 100% rasa cinta.. Dialah satu2nya Kuasa yg Maha Hebat,Ganas… Dialah tempat yg harus kita takuti,..& seribu satu tumpuan WAJIB berpaksikanNYA.. Jika tidak,..itulah SYIRIK.. So, sebagai Muslim peranan yg PALING UTAMA kita adalah MENTAUHIDKAN ALLAH dalam segala aspek kehidupan..

        Cuba kita ambil satu aspek tumpuan hidup manusia iaitu perasaan CINTA.. Kalimah ini menuntut utk kita meletakkan 100% kecintaan kita kepada Dia.. Cuba perhatikan ayat 24, surah At-Taubah dimana Allah mengatakan sekiranya segala apa yg kamu ada,tidak kira parent, anak, kereta, bini, perniagaan dll LEBIH KAMU SAYANGI drpd Allah,Rasul & Jihad.. maka SIAPLAH KAMU!!!!.. Tidaklah bererti kita tidak boleh menyayangi apa yg kita ada tapi must beware kecintaan kita kpd semua benda itu TIDAK BOLEH MELEBIHI drpd cinta kpdNYA..


        Ok,..Let say orang yg paling kita sayang atas muka bumi nie ialah ibu kita.. Just imagine,… Suatu hari,..tatkala kita sedang berada dalam bilik, kedengaran suara jiran sebelah rumah otw nak masuk rumah kita dalam keadaan sedang caci-maki ibu kita.. Kita dah mula tersentakkan??.. then, apa lagi..kita terus keluar rumah,.. tup tup,.. dia dah sampai tempat ibu kita berada & terus menampar pipi ibu kita!!.. What we’ll do??.. Automatik punya respond la kan.. terus kita terajang keluar jiran kita tu.. Betol x?? Kita xkan ada slow action punya.. Xkan kita Tanya ng lembut pulak,.. Mak Cik, nape tampar ibu saya???.... haha.. Xde kan??.. So, nak gtau kat sini,.. rasa kasih & cinta yg mendalam terhadap seseorang akan merangsang kita utk membela dia if somebody mengkhianati, mengkasari dia.. Makna kata, perasaan cinta yg mendalam itu menyebabkan kita akan berkorban apa sahaja utk dia.. betolkan??

        Ok,.. sekarang nie cuba kita tengok..terlalu ramai manusia2 kini sedang menyakiti hati Allah ( Allah xterkesan pun dengan tindakan kita, ana Cuma nak bagi sahabat2 lebih faham akan analogi yg ana nak bawa).. ramai saja antara kita kini berlagak, sombong, angkuh dgn Allah.. ramai saja antara kita kini yg berani melawan hukum2-suruhan2 Allah, ramai saja kini manusia2 yg menduakan Dia & sebagainya…… If la ibu kita yg kita paling sayang kita akan buat smthg bila org sakiti dia,.. bagaimana & apa ‘tindakan kita’ bilamana ini berlaku pada ALLAH???.. The most, most & most one YG wajib kita curahkan 100% kecintaan kpdNYA melebihi cinta kita kpd Ibu kita.. Nampakkan apa yg saya nak sampaikan??

        So, ini baru satu aspek iaitu CINTA,.. xmasuk lagi aspek2 len.. Ia jelas bahawa keimanan kita terhadap kalimah ini akan menuntut kita utk membuat ‘sesuatu’.. Apa itu??.. Inilah dia,..yg kita duk panggil ‘usrah’.. Inilah medan utk kita ‘membuat sesuatu’ itu.. Inilah suatu kerja yg wajib dilakukan bagi sesiapa yg mengaku Muslim & mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’.. iTu sebab, ‘usrah’ nie bukanlah suatu yg bertempoh, bukanlah suatu yg ‘kalu ada masa join baru join’,… bukanlah suatu yg dibuat bila berada kat kampus saja tapi bila balik kampong SENYAP,.. bukanlah dibuat hanya bila bergelar STUDENT & senyap bila dah bekerja, kahwin dll,… Tapi,.. inilah usrah,..ia adalah MAKSUD HIDUP KITA sbg seorang Muslim..

So, apa kaitan dengan Jamaah Tabligh??????????

        bASed on saya punya pengalaman bersama dengan Jamaah tAbligh ini suatu yg cukup bermanfaat & berguna dlm mengenal akan hakikat erti hidup,.. Bagaimana mereka boleh punya suatu kekuatan yg cukup hebat utk membuat kerja2 dakwah dr setiap peringkat umur??,.. dr kecil sampai besar & dr muda sampai tua..huh.. Allahuakbar!! Satu sahaja yg ana Nampak,.. mereka JELAS akan maksud hakikat kalimah ‘Lailahaillallah’ & mereka betol2 meyakini akan kewajipan kerja ini atas setiap yg mengucap kalimah ini.. Dan,inilh antara perkara yg SELALU ditekankan apabila kita keluar bersama mereka,.. menjelaskan HAKIKAT yg sebenar.. Oleh sebab itu, tenaga2 kerja mereka sangat2 bersungguh dlm melaksanakan kerja2 ini kerana Mereka betol2 meyakini akan kewajipan kerja ini.. & satu2nya jalan yg mereka yakini dibawa & digunapakai oleh Nabi SAW ialah kerja2 dakwah melalui USAHA atas iman & amal.. Mereka meyakini inilah MANHAJ Nabi SAW & para sahabat..

        Tengok sahaja sahabat2 tabligh,.. jumpa sahaja sape2, mereka menebalkan muka utk menyapa & mengiklankan program2 mereka,… KITA????.. mereka xde kisah pun yg mereka tegur itu adalah org yg join usrah atau saper2.. why??.. Sebab mereka JELAS & YAKIN jalan yg mereka bawa itulah MANHAJ yg diguna ArRasul SAW dlm membawa Islam.. How about us??.. Adakah kita yakin akan jalan yg kita bawa sekarang?? @ ber’usrah’ sekadar aktiviti sampingan di alam kampus!!!!??????????????.. Ana berani kata bhw MOST of US yg join Usrah TIDAK JELAS &YAKIN akan MANHAJ ini adalah MAnhaj ArRasul SAW dlm membawa agenda ‘rahmatanlila’lamin’.. Masih belum fahamkah kita akan ‘Ini Sejarah Kita’ @ ‘Shift yout paradigm’?????.. Ini penting sahabat kerana ia tersimpan seribu satu hikmh utk kita ambil & fahami akan Manhaj yg diguna ArRasul SAW dalam membina Ummah, membebaskan manusia dr kepompong jahiliyah.. Yakinlah wahai sahabat2 bahawa ini adalah jalan yg harus kita susuri,.. Inilah ia Manhaj Nubuwwah yg wajib kita imani utk meletakkan Islam di tempat yg tertinggi..

SEdikit pengalaman saya..

     Pernah dulu saya terasa ‘give up’ dgn usrah sebab saya merasakan xdapat apa2 drpdnya & saya lebih rasa terisi dgn pendekatan yg diguna Tabligh,.. bila join tabligh, saya dijelaskan akan hakikat matlamat & peranan yg harus ana buat as a Muslim iaitu tuntutan kalimah ‘Lailahaillah’ iaitu dakwah & bagaimana utk melaksanakannya,.melalui kita berada di jalan ini ( keluar dakwah) & kami sentiasa ditanam utk meyakini akan jalan inilah satu2nya jalan yg telah dilalui arRasul SAW & para sahabat yg mulia,. Itu sebab saya pun merasai sedikit kekurangan drpd ‘usrah’,..Masa itu, bagi saya usrah ini tidak lebih hanyalah satu majlis ilmu & saya berpendapat lebih baik saja mendengar kuliah2 yg disampaikan oleh ustaz2 di masjid drpd mendengar pengisian naqib yg bukan pun berlatarbelakangkan religious study.. Saya ada meluahkan situasi ketika itu yg berada dlm keadaan dilema samada nak terus berada dlm usrah @ berhenti sahaja kepada seorang sahabat yg memang sudah lama membuat usaha2 dakwah   (Tabligh),.. dia menjawab,.. “ Nta kalu nak join Usrah, joinlah tapi nta xleh tinggal kerja dakwah (Tabligh), kerja nie wajib dibuat oleh semua kita yg mengucap syahadah.. Allahuakbar!!.. dia begitu YAKIN akan jalan yg dibawanya,.. bagaimana Kita??...

Alhmdlh Allah bagi saya kefahaman akan manhaj ini melalui program ISK.. Tapi tidaklah saya maksudkan usaha sahabat2 Tabligh itu xbenar,.. masing2kan ada hujah, dalil & pendirian masing2.. So, moga Allah merahmati kita semua &; mematikan kita di atas jalan membawa agendaNYA..

Apa yg saya cuba jelaskan disini bahawa kita kena JELAS, YAKIN & MENGIMANi akan jalan yg sedang kita lalui ini.. Usrah bukanlah suatu yg ‘biasa’ tapi ia punya peranan yg cukup2 ‘luarbiasa’ dalam membawa kembali Islam ke puncak.. “ We’ll we not do smthg if we don’t clear/know why should we do it”

Akhir kata, apa yg saya cuba jelaskan disini bahawa kita kena JELAS, YAKIN & MENGIMANi akan jalan yg sedang kita lalui ini.. Usrah bukanlah suatu yg ‘biasa’ tapi ia punya peranan yg cukup2 ‘luarbiasa’ dalam membawa kembali Islam ke puncak.. “ We’ll we not do smthg if we don’t clear/know why should we do it”

P/S: Tulisan ini adalah based on saya punya pengalaman,.. Mohon teguran if ada sebarang kesilapan @ apa2 shj.. Mohon maaf atas segala..

25 September 2011
16 : 19



Usrah : Medium Menzahirkan Hakikat diri ‘Aku Muslim’

                

















      Kini, Usrah bukanlah satu istilah yg cukup asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia telah banyak digunapakai oleh sekolah2, jamaah2 Islam, media massa & elektronik dan sebagainya. Ia telah menjadi satu jenama yg telah diperdagangkan. Namun, sejauh mana hakikat mereka betol2 memahami akan keperluan & kemestian peripentingnya usrah ini dalam menzahirkan hakikat diri kita sbg Muslim.

      Istilah ‘usrah’ mula diperkenalkan oleh Assyahid Imam Hassan alBanna dalam pada tahun 1939 dalam usaha membina kembali masyarakat Muslim Mesir ketika itu yg mana dalam keadaan yg cukup jauh terpesong drpd ajaran & praktikal Islam yg sebenar & ditambah lagi dengan zaman di era kejatuhan Khilafah terakhir Turki Uthmaniyyah.

      Hakikatnya, jalan perlaksanaannya (usrah) itu merupakan suatu kerja yg paling tua dalam ketamadunan manusia kerana hakikatnya ‘usrah’ itu sudah bermula sejak Nabi Adam AS diturunkan kebumi. ‘Usrah’ inilah jalan yg telah dibawa & dilalui oleh para Nabi & Rasul dalam membawa agenda utama kehidupan manusia iaitu ‘Tiada Ilah selain Allaah’.

      Sememangnya inilah jalan yang wajib kita pegang erat2 dalam menjayakan misi utama kita hidup di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah. Juga, inilah jalan yg harus kita yakini mampu utk mengembalikan Islam di kedudukan yg paling tinggi kerana inilah manhaj yg telah dilalui ArRasul SAW dalam memulakan misi membawa rahmatan lilalamin. Sesungguhnya Islam itu tinggi & tidak ada yang melebihi ketinggiannya.

       Inilah medium utk kita menzahirkan hakikat diri kita sbg seorang Muslim setelah kita mengakui ‘Lailahaillallah’.. “Tiada ILAH selain Allah”. So, yakinlah dengan apa yang kita bawa!! Kerna we'll not do somethg if we don't know @ not clear why should we do it..

Ibnu Remli AbdulRahman Saad
24 September 2011
15 : 32