Assalamualaikumwbt..huhu.
apa khabar Mi?..
[Adus,
tulis2 surat pulak, budget dok jauh la sangat.. haha..]
Huh.. xtau
la.. rasa inilah satu2nya cara yg boleh ana guna utk meluahkan ‘isi hati’ ana
kpd nta.. huhu.. ( ayat2 romantik lak).. xpe,.. kan seorang akh itu adalah
bersaudara kpd seorang akh yg lain sehingga Allah sendiri menjanjikan lindungan
bayangan arasyNya di Mahsyar kelak utk 2 pemuda yg saling mengasihi keranaNya?..huhu..
[p/S: guna ana-nta la pulak haha..]
Alhamdulillah
inshaAllah, kerna kasih kpd nta sbg saudara ana dlm Islam, ana amat2 merasa
terpanggil utk memberitahu nta berkenaan perasaan dan mungkin ‘kebimbangan’ ana
ini .. xtau camner nak describe.. Allahu.. Harap nta boleh baca sampai habis
la..
Kenapa xnak
jumpa terus?. Eh, bagi lain la sikit.. huhu.. xdelah, semester akhir nie amat2
sibuk bagi ana dgn lambakan kelas2 dan juga case2 study yg nak kena solve saban
hari hoho.. Tambahan pulak, sem ni hanya
dlm sebulan ini sahaja ana akan berada disini ( hoho,.. budget sedih la lak).
So, amat2 kesuntukan masa. Justeru, moga Allah menyampaikan hasrat isihati ana
ini kpd nta melalui warkah ini..
Firstly,
suka utk ana kongsi balik dgn nta berkenaan dgn petikan ayat2 drpd warkah cinta
Yang Maha Pencinta kpd kita, yg berbunyi “
Hai orang2 beriman, belum tiba lagikah masanya utk kamu khusyuk mengingatiKu”?
( Rujuk AlHadid:16).
Akhi, cuba
kita teliti balik maksud disebalik ayat ini..
Just
tadabbur, kenapa Allah menyeru “Orang2 yg Beriman”??????? Utk tunduk khusyuk
mengingatiNYA”??? Kenapa tidak Dia
menyeru orang2 yg lalai????
“ Wahai
Orang2 Yg Lalai @ orang2 yg melakukan maksiat @ orang2 yg degil, belum tibakah
lagi masanya utk Kalian utk tunduk khusyuk mengingatiKU”??? >> Kenapa
tidak begini? Tetapi yg diseru ialah ‘Orang2 Yg Beriman”???
Logiknya
kita kata orang2 beriman nie, dah ok la kan?.. Nape diseru lagi?. Suppose yg sepatutnya
diseru org2 yg lalai, org2 yg jauh dr Islam kan??? Tapi kenapa sebaliknya?
Haa.. Inilah
yg ana nak kongsi..
Akhi yg ana
sayangi kerana Allah, siapa itu orang beriman??
Itulah
mereka2 yg meyakini didalam hatinya
bahawa Allah itulah Yang Maha Kuasa, Allah itulah Yang Maha Hebat, Allah itulah
pencipta alam buana ini dan segala benda Dialah Yang Maha Tinggi. Manakan
tidak, seseorang itu, walaupun ada setitik rasa iman dlm hati kecilnya, dia
xkan berani utk mencabar Allah, dia xkan berani utk keluar dr Islam ( kenapa xberani?, sebab depa YAKIN, walaupun keyakinan itu hanya
sebesar biji sawi!!) walaupun dia melakukan banyak perkara2 dosa, maksiat
yg bertentangan dr kehendak Allah..
Inilah KITA
kan Mi???
Walaupun iman kita xkuat tapi jauh di sudut hati kita, kita
meyakini Allah maha Hebatkan? Sebab itu, sejahat2 kita pun, kita xkan berani
utk cabar kekuasaan Dia kan?.. Kalaupun kita buat dosa, kita juz wat donno je
kan?? Sebab nun jauh dalm hati kecil kita, kita yakin akan kehebatan,
keagungan, kekuasaan Dia kan? p/s: Tambahan pula inilah fitrah manusia,
meyakini Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa!
Jadi akhi,
Nampak x utk
saper ayat ini diturunkan??
Untuk kita
la!!!!!
Kerana cintanya
Allah kepada kita, Dia turunkan teguran ini kpd Ana, juga kepada Nta!! juga kpd semua!!.. Kita
selalu lalai, kita selalu alpa, kita selalu menolak kebenaran walaupun kita
tahu itu adalah kebenaran. Kita sangat2 mudah alah dgn desakan hawanafsu kita,
kita selalu buat dosa, kita selalu membelakangkan Allah dlm kehidupan kita,
kita buat dekkk jer dgn segala kehendak Dia, bahkan kita lebih mengutamakan
kehendak dan kepuasan diri kita semata2.. Allahu.. Moga2 Allah mengampuni kita.
“Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman,
untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah
diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang
yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang
panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi
orang-orang yang fasik.”
(Al-Hadid : 16)
Akhi,
"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya
kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa." (Asy-Syams
91:8)
Allah
mengilhamkan 2 jalan sahaja dalam hidup ini; jalan baik (jalan Islam) yg akan membawa kita kpd keredhaan Yang
Maha Kuasa, syurga sbg bonus menanti dan jalan
fujur (jalan jahiliyah), yakni jalan yg akan membawa kita kpd kelalaian,
keseronokan sementara, bahkan ke Neraka yg maha mengerikan. Kitalah yg
menentukan jalan mana yg kita mahu berada, kalau xpada jalan Islam, secara
sedar ataupun tidak kita dijalan jahiliyah.
Apa yg ana kenal sepanjang perkenalan kita ( cewah..),.. Nta
punya potensi yg cukup2 besar utk lebih memahami hakikat hidup ini yg sebenar.
Orang2 seperti ntalah yg amat2 diperlukan utk membawa lebih ramai lagi manusia2
di luar sana yg masih ‘tidur’ utk sama2 kembali ‘sedar’ dan benar2 menjadi
hambaNya yang bersyukur dan memahami hakikat erti hidup yg lebih besar dari sekadar
memenuhi kehendak hawa nafsu.
Akhi,
Jomlah sama2
kita sama2 duduk, mentadabbur ayat2 cinta yg dikirimNya, try our best utk
khusyuk mengingatiNya. Inilah salah satu wasail (jalan/manhaj) yg telah
ditunjukkan baginda arRasul SAW dalam membina keperibadian para sahabat utk
memahami akan hakikat erti hidup sehingga mereka menjadi satu generasi hebat yg
amat digeruni di mata dunia, sehingga rahmat dan keadilan Islam itu terus tersebar
ke seluruh pelusuk alam, menaungi alam ini dgn rahmat Islam,.. sehingga Islam
mengusai 2/3 dunia!!.. Bahkan akhi, di tangan2 mereka inilah hakikat kebenaran itu
terus tersebar dari generasi ke generasi sehinggalah sampai kpd kita pada hari
ini. Tapi sayangnya, bila sampai kepada kita, kita xmengalirkan hakikat
kebenaran itu kpd yg lain, bahkan kita sembunyikan pulak hakikat kebenaran
Islam, kita sekadar dok senyap2 saja , khusyuk mengejar dan
memenuhi kehendak hawa nafsu!.. Allahu. Moga Dia ampuni kita.,
Huh.. agak
panjang luahan ini.. [ TQ jika masih membaca setakat ini]
Akhir kata,
buat nta yg ana sayangi,..
Ana menyeru
diri sendiri dan juga nta agar kita dapat kuatkan diri utk sama2 membina keperibadian
diri kita melalui jalan ini, jalan yg telah ditunjukkan Allah baginda arRasul
SAW. Justeru akhi, inilah antara misi besar yg kita nak bina melalui halaqoh2
liqo’ yg kita hadiri.
Ana uhibbuka fillah abadan abada!!
Ana uhibbuka fillah abadan abada!!
** Mohon
seribu kemaafan andai ada sebarang kelakuan, percakapan, tingkahlaku @ tulisan ana
yg menyakitkan hati nta, tapi jujurnya, inilah lahir dr isihati ana buat nta**
p/s:
InsyaAllah, malam esok pun ada liqo’. Kami semua merindui kehadiran nta!. Moga
Allah sama2 memberi kita kekuatan utk memilih yg terbaik dlm hidup ini..
Peace.YOOOOO!!!!!!!!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment