Aku percaya dan yakin bahawa setiap manusia yg dilahirkan atas muka bumi ini dibekalkan Allah dengan potensi dan kelebihan diri masing-masing. Makanya, ada bermacam-macam jenis manusia. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang handsome, ada yang berkulit hitam manis, berkulit kuning langsat, ada yang pandai main futsal,bola sepak, ada yang pandai masak, ada yang ada kereta,motor dan sebagainya. Pendek kata, sesiapa sahaja yang bergelar “MANUSIA” itu semestinya aka nada ‘something’ dalam dirinya yang mana Allah kurniakan khusus utknya sebagai ‘ALAT’ utk dia hidup di atas muka bumiNya yang luas ini bagi melaksanakan 2 peranan besarnya iaitu sbg “HAMBA” dan “KHALIFAH” bagi mendapatkan keredhaan Allah.
“Manusia itu ibarat logam. Terpilihnya dia semasa jahiliyah, terpilihnya juga dia semasa Islam sekiranya dia faham” – Maksud Hadis
Begitu juga dengan diriku. Aku juga yakin apa yang aku ada sekarang ini adalah apa yg aku mesti guna utk tujuan di atas, walau apapun benda tu. Itulah diriku dan itulah kekuatanku. Makanya, aku tetap bersyukur kpdNya dan berlapang dada denganNya dgn kekurangan yg ada pada diriku. Aku selalu ingat pesanan Murobbiku apa itu tujuan DIA bekalkan kita dengan macam2 ; harta, pangkat, bakat, ilmu dll. Tidak lain hanyalah sbg UJIAN.
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak MENGUJI kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[ Al-An’am 6:165 ]
Apa yang ada pada aku?
Jujurnya boleh dikatakan aku ini melalui kehidupan ini sbg seorang remaja yang baik dan ‘skema’, sukakan program2 agama, ceramah2 agama, buku2 agama, tak berkawan dengan budak-budak jahat. Zaman kecilku sudah mula mendapat perhatian orang-orang di kampungku dek kerana bacaan quranku yg sedap, plus rajin pergi berjemaah di masjid. Mereka memujiku dan masa itu zaman kanak-kanak menjadikan aku sangat suka dipuji dan terus bersemangat utk buat benda-benda baik. Itu sebab ramai sahaja mereka yang memanggilku dgn jolokan ustaz,lebai, sheikh dll haha. Di hujung zaman kanak-kanak pun aku memasuki pondok utk meneruskan pengajian agama pada waktu cuti sekolah. Makanya, Alhamdulillah aku ini tahulah serba-sedikit berkenaan ilmu2 agama. Di peringkat menengah aku menyambung pengajian di salah sebuah SMKA dan menghabiskan SPMku dlm aliran Sains Tulen Agama. Alhamdulillah aku juga dipilih Allah utk bersama2 dlm gerabak dakwah dan tarbiyah dlm bermacam2 aliran yg mana semuanya mematangkan aku dlm misi mencari wasilah dan medan amal yg terbaik dan serasi buat diri ini. Bahkan siapa aku pada hari ini pun banyak juga dicorakkan oleh perjalanan hidupku bersama gerabak2 Syurga ini.
Aku budak yg berkopiah
![]() |
| Aku Budak Berkopiah hehe..:D |
Satu lagi pasal diri aku ni,aku adalah pemakai kopiah yg tegar. Mana2 aku pergi,mesti aku pakai kopiah. Aku pi sekolah ke, kedai ke, kuliah ke, turun padang ke, mana2 je lah, mesti aku pakai kopiah. Boleh bayangkan betapa jumudnya aku? Haha.. Wallahua’lam tetapi yg pastinya bagiku kopiah itu mahkota kebanggaanku, keyakinan diriku bertambah dgn kopiah dan yg paling penting ianya juga sunnah..:)

No comments:
Post a Comment