Saturday, June 14, 2014

Mereka menjauhi aku kerana usrah

Bismillah. Aku bersyukur dipertemukan Allah dengan satu bulatan ajaib yang telah banyak mengubah sikap, pendirian, fikrah dan pandanganku terhadap erti sebuah kehidupan dan juga terhadapa Islam,satu cara hidup yg dulunya aku tidak dapat merasai apa2 mukjizatnya. Melalui bulatan ini, aku ditarbiyah,aku diajar dan aku didoktrin dengan fikrah Islam yg sebenar sebagai rohmatan lil a’lamin. Aku ditarbiyah utk menjadi seorang manusia yg benar2 mampu merasai hakikat kehambaan dlm diri dan mengiktiraf Allah sbg satu2nya Tuhan yg layak disembah dan dipuja. Segala kehidupan dunia ini tidak lain semata2 utk mendapatkan redhaNya.

Bismillah.

 “ Wahai orang2 beriman, bertaqwalah kalian kpd Allah! Dan carilah wasilah (jalan) utk mendekatkan diri kalian kpdNya serta berjihadlah padanya moga-moga kalian mendapat kemenangan” – Al-Maidah. p/s: Aku mencari dan terus mencari sehinggalah Dia mempertemukan aku dgn jalan ini dan aku berintima’ dgnnya dengan seluruh jiwa dan kehidupanku.

                Bulatan ini mengajar aku bahawa hidup ini bukan sekadar untuk kita mampu untuk menjadi seorang yg boleh solat 5 waktu, membaca Al-Quran, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji bila berkemampuan dll tetapi ia mengajar aku hidup lebih besar daripada untuk menjadi kita sahaja yg baik. Ia mengajar aku utk mengalirkan segala apa kebaikan dan kebenaran yg aku yakini kepada mereka disekelilingi aku. Bahkan, inilah tugas aku sbg seorang Khalifah di atas dunia yang fana ini.

                Justeru, aku tekad utk memastikan dimana sahaja aku berada,aku akan terus berbulatan dan membawa bulatan agar kebenaran (Al-Haq) ini akan terus mengalir dan mengalir sehingga Dia menetapkan keputusan yg terbaik buatku,samada hidup sbg seorang yg mulia pada sisiNya atau memanggilku sbg seorang syahid yg sedang berjuang mengalirkan Al-Haq!

                Aku akan terus menyantuni anak-anak muda, manusia2 disekelilingku agar aku bisa membawa mereka juga berbulatan bersamaku (sebolehnya),merasai kemanisan hidup menjadi seorang hamba dan merasai nikmatnya hidup dibawah naungan Yang Maha Kuasa. Justeru,aku tidak duduk diam. Aku akan terus mendatangi mereka dimana saja mereka berada untuk membina tautan hati dengan mereka sehingga at least mereka dapat merasakan perlunya kepada satu jalan untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan yg mereka yakini. Itu sahaja dan kalau mereka berminat utk berbulatan,aku bersedia utk mereka tetapi bukanlah semata2 itu targetnya utk aku mendekati mereka. Sumpah! Sebab aku meyakini pengaliran Al-Haq itu tidak semestinya berakhir pada bulatan tetapi apa sahaja yang boleh membawa mereka kpd Tuhan yg Maha Esa!

Tetapi, mereka menjauhiku..

                Ada sahaja mereka yang salah anggap terhadapku, wallahua’lam mungkin pendekatan yang aku gunakan tidak betul. Ada sahaja yang melihatku sebagai ‘kepala usrah’ sehingga mereka seolah2 cuba menjauhi diriku. “Aduh,mamat ni call nak tanya sal usrah la ni”,.. “Aduh, mamat ni call nak ajak bulatan la ni” huhu.. Tatkalai mesej,inbox fb,wassup,telegram dihantar,tidak terbalas tapi ‘seen’ aja huhu. Panggilan dibuat tidak dijawab. Aku pasrah dan selalunya aku ok ja kerana aku ditarbiyah utk memusatkan segala usahaku kpd balasanNya semata2. Bohong jika aku tidak kecewa,kekadang ada juga datang perasaan itu tetapi Alhamdulillah sejarah perjuangan Ar-Rasul saw dan para sahabat juga mereka yg terlebih dahulu mendahuluiku seringkali menjadi pengubat dan motivasi utk terus bergerak dan mengalir!

Pintaku kpd mereka yg menjauhiku kerana aku budak usrah..

  • Tolonglah teman. Tidak aku melakukan segala usaha ini semata-mata utk mengheret kalian kpd konspirasi tarbiyah ini. Tidaklah aku mendapat sebarang upah utk setiap kalian yg aku dapat utk ditarbiyahkan. Tidaklah aku berkawan dgn kalian semata2 utk tujuan agar kalian turut berusrah sama. Tidak!!  Cukuplah kalau kita mampu mentautkan hati2 ini demi sebuah kekuatan ummah!

  • Aku ditarbiyah utk meyakini bahawa akulah manusia yg paling bebas merdeka setelah aku memusatkan hidupku semata2 kpdNya! Justeru,aku memahami aku bebas membuat segala apa keputusan yg aku inginkan selagimana ia tetap membawaku kpdNya. Nah! Sama juga dgn kalian. Urusan kalian nak ikut usrah ke tak nak,itu kalian punya keputusanlah! Jujurlah dgn diri kalian, bagitau je aku kalau itulah menjadi asbab yang bawa hubungan ukhwah antara kita regang. Aku lebih menyayngi tautan ukhwah antara kita melebihi drpd bulatan itu. Apa guna sebuah bulatan yg diikat atas dasar ketidakrelaan?  p/s: Maka harapanku hanya satu,ayuh teruslah kita berhubungan,berukhwah dan bersahabat. Inilah kekuatan yg sangat2 diperlukan ummat ini! ~ “Brotherhood,the Foundation Of Glory”!!

No comments:

Post a Comment