Monday, October 25, 2010

Syukur & Manfaatkan apa yang ada..

Alhamdulillah..
Allah masih sayangkan kita..
Moga syafaat Rasulullah akan kita pegang.


Sahabat,
Adakala kita biasa melalui dialog seperti ini.
A : assalamualaikum B. Kamu belajar kat                       mana skunk?Ambik  course apa?    
B : waakmslm. Aku kat Universiti XXXX, ambik course biasa ja. Tak sama macam kamu

Sahabat,
sama-sama kita mensyukuri apa yg Dia telah bagi pd kita. Tidak perlu lagi utk kita merasa rendah diri dengan apa yg Dia telah berikan.
Kerna disitu ada hikmah yg cukup besar utk kita manfaatkan. Yakinlah.

Kerana..
Hakikatnya, semua apa yg ada pada kita sekarang adalah wadah @ 'tool' yg mana Dia berikan pada kita mengikut apa yg termampu bagi kita guna bagi kehidupan ini, dunia dan akhirat.

Sepatutnya..
Kita mesti yakin dan guna sepenuhnya kekuatan dgn apa yg kita ada utk menggapai redha Allah. Jadikan segala yg kita ada sekarang sbg kekuatan utk membantu dan memperjuangkan agama Allah.

Bukannya..
Kita berbangga dengan apa yg kita ada @ kita merasa rendah diri dan malu dgn apa yg kita ada. Dan bukannya kita menggunakan apa yg kita ada utk matlamat dunia semata2.

Realitinya..
Gunakan sebaik mungkin pemberian2 Allah ini agar kita tidak terpesong drpd matlamat asal kehidupan dan agar kita terus bermotivasi utk terus bekerja kerana kita sedar segala yg kita miliki di dunia adalah bekal utk menuju akhirat.

Renungkan firmanNya ini:



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".
   

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment