AlKisah ini berlaku di sebuah ladang di salah sebuah kawasan
di India sewaktu era pemerintahan Britain ke atas satu empayar dunia yg cukup luas suatu ketika dahulu, termasuklah Negara yg terletak di benua India. Dialog ini berlaku antara 2 orang hamba yg bekerja di ladang tersebut.
![]() |
| Mana Allah??.. X pernah nampak pun...huh |
Muthu : Eh Samy, kamu percaya tak Negara kita sekarang diperintah oleh seorang Queen??
Samy : Mana mungkin aku nak percaya, aku tak pernah tengok dia pun.
Muthu : Mana boleh kau cakap begitu, memang betol2 ada. Dia yg berkuasa ke atas kita. Malah, aku dengar dia juga punya wilayah kekuasaan yg cukup luas.
Samy : Cakap la ko nak cakap apa,.. Bodoh giler nak percaya benda yg kita xnampak.
Muthu : Tapi dia betol2 ada la..
Samy : Arghh, kalu dia betul2 ada, suruh dia datang kat aku, tunjukkan diri dia.. Baru aku boleh percaya.
Muthu : Haha, kita nie saper nak suruh dia datang jumpa kita. Sedar la diri tu sikit,..kita nie hamba sahaja. Jangan duk bermimpi di siang hari..Saper la dia nak layan orang macam kita,..dia pun xder masa..huh..
Samy : O,..kalu dia xmahu datang jumpa,..biar aku sendiri pi jumpa dia.Tengok betul2 ka dia wujud.. Kat mana dia tinggal?
Muthu : Wah3X,.. sedapnya mulut ko cakap,.. ko ingat ko tu saper nak pi jumpa dia?.. Langsung xlayak ko nak pi jumpa dia. Sah2, nak keluar dr ladang nie pun xlepas..haha,.. xyahla nyusah2kan diri ko,.. percayalah sajer Queen tu ada… & dia sedang bertakhta di singgahsana Istananya yg tersergam indah di kota London.. huh,.. habis cerita..
Samy : &*(@#$%^&*(
Pengajaran:
Berdasarkan cerita di atas, diharap sahabat2 dapat lihat secara analogi akan kewujidan Allah.
Dia benar2 wujud & Dia Maha Hebat. Antara kita & Dia ibarat langit & bumi. Langsung tidak setaraf. Allahuakbar. Maha Agung Tuhan sekalian Alam.
Mahu berjumpa denganNYA??.. Ayuh sama2 siapkan bekal sebaik mungkin agar kita dapat meraih anugerah teragung utk menatap wajah Allah di syurga kelak.
Pilihlah kami ya Allah.
Wallahua'lam..

No comments:
Post a Comment