Saturday, September 24, 2011

Usrah : Medium Menzahirkan Hakikat diri ‘Aku Muslim’

                

















      Kini, Usrah bukanlah satu istilah yg cukup asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia telah banyak digunapakai oleh sekolah2, jamaah2 Islam, media massa & elektronik dan sebagainya. Ia telah menjadi satu jenama yg telah diperdagangkan. Namun, sejauh mana hakikat mereka betol2 memahami akan keperluan & kemestian peripentingnya usrah ini dalam menzahirkan hakikat diri kita sbg Muslim.

      Istilah ‘usrah’ mula diperkenalkan oleh Assyahid Imam Hassan alBanna dalam pada tahun 1939 dalam usaha membina kembali masyarakat Muslim Mesir ketika itu yg mana dalam keadaan yg cukup jauh terpesong drpd ajaran & praktikal Islam yg sebenar & ditambah lagi dengan zaman di era kejatuhan Khilafah terakhir Turki Uthmaniyyah.

      Hakikatnya, jalan perlaksanaannya (usrah) itu merupakan suatu kerja yg paling tua dalam ketamadunan manusia kerana hakikatnya ‘usrah’ itu sudah bermula sejak Nabi Adam AS diturunkan kebumi. ‘Usrah’ inilah jalan yg telah dibawa & dilalui oleh para Nabi & Rasul dalam membawa agenda utama kehidupan manusia iaitu ‘Tiada Ilah selain Allaah’.

      Sememangnya inilah jalan yang wajib kita pegang erat2 dalam menjayakan misi utama kita hidup di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah. Juga, inilah jalan yg harus kita yakini mampu utk mengembalikan Islam di kedudukan yg paling tinggi kerana inilah manhaj yg telah dilalui ArRasul SAW dalam memulakan misi membawa rahmatan lilalamin. Sesungguhnya Islam itu tinggi & tidak ada yang melebihi ketinggiannya.

       Inilah medium utk kita menzahirkan hakikat diri kita sbg seorang Muslim setelah kita mengakui ‘Lailahaillallah’.. “Tiada ILAH selain Allah”. So, yakinlah dengan apa yang kita bawa!! Kerna we'll not do somethg if we don't know @ not clear why should we do it..

Ibnu Remli AbdulRahman Saad
24 September 2011
15 : 32

No comments:

Post a Comment