Sekadar Catatan (11/11/11)
aLhamdulillah, aku bersama Afiq Che Ali & Azroy menziarahi seorang sahabat kami yg agak muda, Ashraf Razak di rumahnya kat Kg.Pemanok ( Kalu xsilap ),.. Nape??.. Sakitka?.. Xah.,.. mana ada dia sakit,.. kami cuba hidupkan sunah Nabi kita,.. menziarahi teman2.. ayuh sama2 kita hidupkan budaya ziarah menziarahi utk mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara kita.. Moga jalinan ukhwah atas dasar utk menggapai mardhotillah menjadi bekal & kekuatan utk kita terus kekal di jalanNya.. Ameen..
Renungan bersama :
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)
Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

Ibnu Remli AbdulRahman Saad
12:35 pm
15/11/11
Selasa
subhanallah..indahnya ukhwah jika di jalanNya.....
ReplyDeleteiya... Alhamdulillah.. sama2 kita berusaha kearah itu..
ReplyDelete