Selepas pulang dari surau, aku mencapai handphoneku dan tertera “1 message received”, jadi aku pun membacanya.
“ Bang, nanti kalau free, minta call jap”
Huh,..ada apa pula budak nie?.. monologku sendirian. Lantas setelah aku menghabiskan bacaan al-Mulk, aku menggapai handphoneku dan menghubungi adik bongsuku.
“Assalamualaikum, apa khabar?.. Ada apa suruh Abang call ni?
“ Waalaikumussalam,.Alhamdulillah sihat.. Erm,..Abang, nak minta tolong sikit ni..”
“InshaAllah tolong apa?”
“Begini, nak minta abang tolong isikan permohonan untuk jadi polis, askar atau bomba. Kawan-kawan adik semua dah isi”..
“Huh?.. Kenapa tiba-tiba beria nak mohon pekerjaan pula ni?.. Bukan kau nak ambil STPM ka hujung tahun ni?.
“ Erm, sebenarnya adik dah tak de mood untuk belajar”..
“Allahurobbi, apa kena ni?”.. Minggu lepas, kau minta pandangan abang nak keluar asrama, kemudian abang bagi sebab abang tahu kau boleh bawa diri walau kat rumah tapi sekarang ni minta nak kerja pula? Apa sekarang yang bersarang dalam kepala otak kau ni?”
Aku tidak bermaksud untuk memarahimu tapi aku dah sedikit syak-wasangka buruk terhadap perubahan sikap kau masa aku berada di rumah semasa cuti semester lepas.. Aku syak kau dah mula ‘couple’ dan akhirnya, dah mula bawa balik kawan perempuan kononyan kat rumah, aku cukup malu. Dah mula tunjuk taring bawa balik perempuan kat rumah ya. Allahurobbi, tambahan pula keluarga aku bukanlah dari jenis islamik sangat. Jadi, ibu ayah aku tidak melihat pun benda ni sebagai satu kesalahan. Malah, ibu ayah aku siap jamu lagi budak perempuan tu makan kat rumah dan layan bagai ‘menantu’. Aku jealous?.. Sorry.. Langsung tidak tetapi malu dan sangat-sangat malu kerana aku gagal menegakkan kebenaran. Di mana ikhtilat pergaulan?.. Mana mungkin aku boleh redha apabila seorang perempuan berada di rumahku atas asbab ‘ziarah’ adik aku yang sihat tanpa sebarang alasan-alasan syarie yang membenarkan? Boleh ka?Pernah suatu hari,aku disindir oleh abangku dek kerana tidak mempunyai awek. Allahu.. bagaimanalah aku nak bentuk mereka Ya Allah!! Tapi, Alhamdulillah, walaupun mungkin agak sukar untuk aku perbetulkan abang-abangku namun aku bertekad untuk membimbing adik bongsuku agar kenal hakikat erti cinta sebenar. Namun, dek kerana aku jarang berada di rumah kerana berada nun jauh di perantauan, adik aku seolah-olah terabai dari segi tarbiyah dan perhatian ‘yang baik’.
Oleh sebab itu, aku tiba-tiba naik angin apabila mendengar alasan adik aku “dah tak de mood untuk belajar”.. Segala syak wasangka dan kesabaran aku terhadap sikap adik aku yang couple itu meletup.. Aku terus memarahinya..
“ Kenapa kau ni? Tiba-tiba ja nak kerja.. Nak berhenti sekolah? Apa yang ada dalam kepala otak kau ni? Aku kata jangan couple,kau nak couple.. Orang sibuk study,kau sibuk nak bermadu, kau sibuk nak buat maksiat.. kau kena ingat siapa hakikat diri kau tu?. Kau kena ingat, siapa yang bagi kau tangan untuk memegang? Siapa yang bagi kau kaki untuk melangkah? Siapa yang bagi kau jantung yang berdenyut? Siapa? Allah!!.. Kau jangan ingat apa yang kau ada tu milik kau.. Semuanya milik Dia, Dia yang bagi kau semua tu!!.. Kau ingat Dia bagi semua nikmat tu semata-mata untuk kau ‘bercouple’, puaskan keinginan hawa nafsu?,.. Sorry beb.. Semua itu hanyalah alat-alat yang Dia bagi supaya kau guna sebaiknya untuk meraih redha Dia.. Bayangkan dik, kalau kau jadi boss syarikat, kemudian anak buah kau tak buat kerja atau sekadar makan gaji buta,kau marah tak?.. Sama la dengan kita,.. Bila kau dah permainkan BOSS besar kau,kau ingat nak ke Dia bagi kau apa yang kau tadah tangan meminta dengan dia?. Sia-sia beb.. Itu sebab kau rasa putus angin, tak ada semangat sebab kau dah ‘menghampakan’ si Dia, Pemberi Semangat.. Jangan kau permainkan Tuhan dik, berat padahnya.. Aku sekadar boleh bagitau yang mana baik yang mana buruk saja, tapi bergantung kepada kau la samada kau nak pilih jalan mana. Masa depan kau di tangan kau. Satu lagi aku nak pesan, kalau kau betul-betul nak jadi orang, kau kena muhasabah diri kau balik,kau mesti taubat dan minta ampun dengan Dia. Segala masalah kita ni berpunca daripada dosa maksiat yang kita buat. Ingat, matlamat hidup kita hanya untuk Dia, Penguasa Langit dan Bumi.. Kalau kau berani cabar dia, kau menempah tiket kehinaan. Jadi, abang harap kau buatlah pilihan yang baik. Jangan Persia-siakan nikmat ‘akademik’ ni, gunakan sebaik mungkin sebab kau antara sebilangan kecil pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM ni, beribu lagi di luar sana yang tidak berkesempatan. Jadi, jangan la kau sia-siakan peluang ini, laksanakanlah sebaik mungkin amanah yang diberikan, tinggalkan kejahilan-kejahilan dan lakukanlah pengorbanan untuk kejayaan sebenar untuk diri kau, keluarga, masyarakat dan agama kau sendiri. Harap kau faham apa yang abang perkatakan ni.
Allah sebagai Ilah,..Dialah kuasa yang kita kena cinta, harap dan takut.. Dialah matlamat hidup kita.. Apabila kita mengangkat makhluk sebagai Ilah kita,maka kehinaanlah bagi kita. Saidina Umar pernah berkata “ Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selain dari Islam, maka kehinaanlah atas kita.
Wallahua’lam
Renung-renungkanlah..
Ku pohon doa dari kalian agar Allah masukkan aku dari kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur..:)
No comments:
Post a Comment