Monday, October 22, 2012

Buat bakal Isteriku




Assalamualaikum ya Ukhti..


Aku ini hidup sbg seorang Islam yakni aku bekerja semata2 utk tunduk dan patuh kpdNYA sebagai matlamat hidup aku, Itulah matlamat yg paling besar dlm hidupku ini. Pabila aku sedar akan nikmat dan jalan ini, lantas sebulat hatiku aku menyerahkan hidupku ini semata2 utk Dia, tiada yg lain, bahkan aku sanggup hilang apa sahaja melainkan aku tidak kehilanganNya.. 

Utk memudahkan ukhti memahami apa yg aku maksudkan begini, just imagine, bila kita seorang pelajar, target kita (MATLAMAT) amat2 jelas utk dapat yg terbaik dlm exam kan? Sebab in case, xdapat result cemerlang, kita xdapat sambung belajar dll cthnya,.. maka sayugialah MATLAMAT itu akan jadi ‘pembuat dasar’ yg paling berkuasa mempengaruhi kita utk melakukan sesuatu perbuatan bukan?.. Bahkan kita sanggup utk tidak melakukan sesuatu in case benda itu xmembawa kita kpd MATLAMAT itu bukan?.. Haa, samalah hidup kita ya Ukhti,.. pabila aku memahami  DIAlah kekasih abadiku, maka Dialah matlamat kecintaanku,.. bukannya lain2 hal melainkan lain2 hal itu mampu membawaku kpd cintaNya.. Seperti halnya dengan perkahwinan kita, perkahwinan ini juga adalah alat utk kita mempersatu cinta kita demi meraih redhaNya..Justeru, aku tidak memilihmu atas asbab dirimu seorang yg cantik, berharta atau apa2 sahaja melainkan InsyaAllah keyakinanku bahawa engkau mampu bersamaku dlm menerajui bahtera kita menuju Cinta Abadi kita yakni Cinta Allah..

Dulu, aku banyak tidak memahami hakikat diri aku sbg seorang Islam, lantas sapaan tarbiyah membawa aku  kpd jalan kefahaman ini Alhmdlh,.. aku mula memahami makna disebalik Kalimah Syahadahiaitu ia bukan sekadar menuntut aku utk sekadar mengucapnya,lantas aku declare Aku Islam.. No!! Lebih besar dari itu.. Tiada Ilah melainkan Allah membawa kita meletakkan Allahlah tumpuan bagi segala2nya dalam hidup kita.. Dialah matlamat @ tumpuan kecintaan kita, Dialah tempat kita berharap, Dialah tempat harap kita, Dialah tempat kita kena takut, Diala pemberi rezki, Dialah Raja kita dan Dialah segala2nya.. Tiada yg lain dariNya.. Aku juga mula memahami bahawa kalimah ini menuntut utk aku beramal sbg seorang Islam, membaiki diriku dan mengajak orang2 sekelilingku kpd Dia.

Justeru, aku memberanikan diri utk menyerahkan seluruh kehidupanku kepadaNya sebab aku yakin akan janji2Nya kelak,.. aku tekad dan tekad, Dialah cinta pertamaku, Dialah segala2nya bagiku..  Maka, aku akan terus dan terus bekerja utk memastikan Dia sbg Kekasihku tidak ‘dikhianati’ oleh saper2. Justeru, aku mewakafkan diri kpd perjuangan ini bg mendidik dan mentarbiyah diriku dan orang2 sekelilingku agar sama2 mencintaiNYA dan tidak menduakan atau ‘menandingiNya’..

Ukhti,kerna tarbiyah, aku faham bahawa perkahwinan ini merupakan satu jalan utk aku mendekatkan diri kpd cintaNya dan juga wasilah(jalan) yg amat2 penting utk kita mempengaruhi manusia lain dgn cara hidup Islam dan membawa mereka utk turut sama meletakkan Dia sbg kekasih. InsyaAllah, keluarga2 yg lahir atas dasar kesedaran Allah sbg Kekasih akan melahirkan sebuah masyarakat yg meletakkan Allah sbg kekasih & sekaligus membawa kpd sebuah Negara yg mengutamakan kasih & redha Allah dlm pemerintahannya.. Allah tidak dapat ku gambarkan ya ukhti saat itu.. Aku harap bahtera perkahwinan yg kita bina menjurus ke arah itu.. Harap engkau mengerti..

Ya Ukhti, Dia memilihku utk merasai nikmatnya islam melalui jalan tarbiyah dan aku merasai nikmatnya hidup ini InsyaAllah,.. aku mahu begitu juga manusia2 sekelilingku sbg persiapan utk kita semua melayari bahtera kehidupan di masa depan yg pasti dan pasti makin mencabar.. tarbiyah itu nadi kpd kekuatan kita sbg hambaNya insyaAllah. 

Ya UKhti, terus terang aku katakan bahawa cara mudah untuk dikau mengenali diri ini adalah dengan cara engkau juga menyerahkan dirimu utk ditarbiyah.. InsyaAllah tarbiyah mampu utk menjadikan kita tolakansur, saling memahami dan bersedia utk sebarang kemungkinan didalam mengemudi bahtera ini. . Tarbiyah mampu utk meletakkan kita sekufu insyaAllah.. Ini harapanku..

Jom tarbiyah!!
Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment