Thursday, May 26, 2011

Sekadar Catatan

20/5/2011 ( Jumaat)
Bersama para Ikhwah mengisi slot dalam kem Remaja Soleh bersama adik2 di SMV Tanah Merah.. Alhmdlh seronok melayan kerenah adik2.. Awalnya ingat mula jam 9 am tapi ada masalah mula jam 11.30 & sambung jam 
3 PM – 5 PM…

Lepas Maghrib, pergi Fun Fair dgn Mije.. Jam 11 PM menaiki bas ke Kuantan utk menghadiri program Alumni di sekolah lama SBPI Tun Abdul Razak selama 2 hari 21/5 hingga 22/5..
Alhmdlh berjalan lancer.. yg penting aku boleh adakan pertemuan antara Akh Irfan dgn pimpinan BADAR..

22/5

Jam 8.30 PM,.. terus menaiki bas bertolak ke Penang.. Alhmdlh sampai jugak jam 5.30 am kat Butterworth, naik Feri & sampai USM dalam jam 7.30 am…huh.. Moga xsia2 apa yg aku buat.. Ameen..

24/5
Alhamdulillah.. hari nie result provisional utk exam sem 2 dikeluarkan.. Syukur pada Engkau ya Robb.. Aku lulus semua paper!!..

26/5
Misi mendaki Bukit Bendere tercapai bersama Mat Red & Husni.. Alhamdulillah, menikmati alam ciptaan Engkau dr puncak Bukit Bendera.. Subhanallah!!

..Buat Renungan bersama..
Kuliah Subuh pada pagi tadi bertajuk "Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada"...dipetik dari kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Antara isi-isi tazkirah singkat ini adalah mengenai kesedaran mengenai tanggungjawab masing-masing. Masing-masing sibuk menunaikan tanggungjawab dunia sampai terleka dan mengabaikan tanggungjawab masing-masing kepada agama. Setiap orang dilahirkan sebagai seorang daie' ataupun pendakwah. Mereka akan bermula dengan berdakwah kepada diri sendiri dan contohnya adalah seperti bermujahadah melawan nafsu.Seterusnya berdakwah kepada keluarga,masyarakat dan akhirnya barulah dapat mewujudkan bi'ah solehah.

No comments:

Post a Comment